Usul Pindaan Perlembagaan Masih Di Peringkat Awal

Pindaan Perlembagaan.

Majlis Kerja Tertinggi akan mencadangkan satu usul melalui satu Perhimpunan Agung Khas November ini bagi meminda beberapa fasal tertentu Perlembagaan UMNO. Ini bertujuan memperkemaskan lagi UMNO sesuai dengan tuntutan semasa.

Bagaimanapun proses ini masih di peringkat awal, iaitu mengutip pandangan dan syor akar umbi dan sayap-sayap parti oleh satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh salah seorang Naib Presiden UMNO. Ini merupakan PERINGKAT PERTAMA dari 6 peringkat (stage) yang bakal dilalui sebelum sebarang pindaan dibawa ke PERHIMPUNAN AGUNG KHAS KHAS.

Peringkat lain termasuklah TAKLIMAT KEPADA JAWATAN KUASA PENGURUSAN, PERBINCANGAN PERINGKAT MKT, TAKLIMAT CADANGAN MKT KEPADA BAHAGIAN-BAHAGIAN, KEPUTUSAN AKHIR SYOR MKT dan PERHIMPUNAN AGUNG KHAS.

Syor-syor akar umbi ini akan dibincang dan diteliti oleh MKT, dijangka penghujung bulan ini dalam satu retreat khas ahli MKT. Ketika ini, MKT belum memutuskan sebarang perkara spesifik berhubung pindaan ini.

Sebarang cadangan MKT akan dibawa untuk ditaklimatkan kepada akar umbi sebelum ia dibentangkan di PERHIMPUNAN AGUNG KHAS nanti.

Sebarang kenyataan yang merujuk kepada sebarang pandangan yang spesifik adalah bersifat spekulatif dan pramatang (premature) dan tidak menggambarkan perkara sebenar.

Terima Kasih

TAN SRI ANNUAR MUSA
Setiausaha Agung UMNO Malaysia
21/6/19


Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.