Perkukuhkan Kerjasama UMNO PAS

1. Sindiran Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu PAS supaya mengesahkan terlebih dahulu UMNO adalah parti Islam sebelum menjalin kerjasama politik, hanya bertujuan memecah belahkan kerjasama UMNO PAS.

2. Bagi saya, ini gambaran kebimbangan beliau dengan kerjasama yang mampu menggugat Pakatan Harapan. Justeru, saya fikir jangan dihirau kenyataan itu, sebaliknya kita fokus kepada usaha menjayakan taawun bersama UMNO PAS agar gandingan UMNO PAS bersama rakan rakan parti lain menjadi lebih hebat daripada PH.

3. Kerjasama politik atau taawun yang diluluskan oleh pimpinan ulama serta ahli ahli PAS dalam muktamar PAS beberapa hari lepas adalah bukti PAS ikhlas dengan UMNO. Apa yang lebih penting, kita mesti ‘ move forward ‘ bagi merealisasikan kerjasama dua parti terbesar Melayu Islam terkuat dalam sejarah politik negara ini.

4. Jika Dr Mahathir masih mahu mengungkit kisah silam, lebih baik lihat dirinya sendiri. Beliau lupa bahawa beliau sendiri kini “menjilat ludah” nya apabila bekerjasama dengan DAP ? DAP bukan saja dihina tetapi dikeji oleh Dr Mahathir satu masa dahulu. Namun, kini beliau dan Lim Kit Siang boleh duduk berpeluk-pelukan? Begitu juga dengan Mohamad Sabu dan Anwar Ibrahim.

5. Rakyat terutama generasi muda majoritinya kini sudah mengenali Dr Mahathir. Mereka mual dengan stail politik yang dibawa oleh Dr Mahathir kerana ia tidak banyak membawa kebaikan kepada negara dan pemikiran rakyat.

6. Masyarakat Islam dan Melayu serta kaum-kaum lain kini memberi sokongan positif kepada penyatuan ummah UMNO PAS. Dalilnya terbukti seperti yang dizahirkan dalam peti undi yang memberi kemenangan kepada calon BN pada PRK Cameron Highland, Semenyih dan Rantau baru baru ini.

7. Hakikatnya, rakyat menagih jawapan kenapakah sehingga kini Kerajaan PH tidak melaksanakan janji manifesto mereka. Kemudian pelbagai alasan akan diberikan atas kegagalan itu. Rakyat tidak mahu terus ditipu. Apa yang pasti Kerajaan PH dipimpin Dr Mahathir ternyata mengamalkan politik “cakap tidak serupa bikin”.

YB DATO DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
Ketua Penerangan UMNO Malaysia
24 Jun 2019


Leave a Reply

Your email address will not be published.

Strengthen PAS UMNO Cooperation

1. A CHIDISH remark by Dr Mahathir Mohamad for PAS to confirm that UMNO is Islamic before cooperating with it, is meant only to jeopardise UMNO-PAS effort.

2. To me, this reflects his worry about such a cooperation which can give a threat to Pakatan Harapan. Hence, I am of the opinion that we should not give it a heed but to focus on effort to make UMNO-PAS ‘taawun’ a success together with other friendly parties.

3. The political pact of ‘taawun’ endorsed by PAS’ ulama and members during its ‘muktamar’ reflects how sincere PAS is to cooperate with UMNO. To move forward seem inevitable now as both are the largest Malay parties for the country.

4. If Dr Mahathir still wants to rake the past, he better mirror himself. He who once spat on DAP is now hand-in-hand with them, especially with Lim Kit Siang. The same goes with Mohamad Sabu and Anwar Ibrahim.

5. The people, notably the younger generation are beginning to know who Dr Mahathir is. They are already blas with his political style as it failed to serve the country’s stability and even their mindset.

6. The Muslim Malays and others are now giving full support to ‘penyatuan ummah’ between UMNO and PAS. This is proven in recent by-elections namely Cameron Highlands, Semenyih and Rantau.

7. In reality, the people are still demanding answers as to why the PH government failed to deliver their manifesto promises. However, they are given many lame excuses and lies. The rakyat didn’t want to be cheated and dodged all over again since Dr Mahathir’s government subscribes to ‘cheating politic’.

YB DATO DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
UMNO Information Chief
24 Jun 2019


Leave a Reply

Your email address will not be published.