Tok Mat: Tahniah PAS

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Saya dan beberapa rakan pemimpin UMNO berpeluang hadir dan mendengar penyampaian ucapan Dasar Presiden PAS sempena Muktamar PAS bagi tahun 2019.

Bagi pihak saya secara peribadi dan UMNO secara umumnya, kami menyambut baik pandangan serta saranan yang dianjurkan dalam ucapan dasar tersebut.

Secara khususnya, UMNO bersetuju bahawa:

  • Penyatuan ummah antara orang Islam dan Melayu mesti digembleng untuk menjadi satu lonjakan kebangkitan yang baik dan berfokus. Adalah sesuatu yang merugikan jika ummah ini dibiarkan terus berbalah dan berpecah.
  • Perpaduan nasional dalam konteks Malaysia, mesti dikukuhkan dengan lebih serius. Islam adalah agama yang meraikan kepelbagaian. Adalah penting untuk semua pihak termasuklah ahli politik menterjemahkan ajaran Islam yang sebenar sekali gus berusaha mendekati dan merapatkan hubungan antara kaum dan agama.
  • Jalan ke hadapan negara mesti dipimpin dengan menjadikan saranan serta aspirasi yang diajarkan Islam sebagai rujukan dan panduan. Ketelusan, dasar ekonomi yang baik serta pemeliharaan elemen asas kebangsaan seperti Bahasa Melayu mesti menjadi fokus yang tidak boleh dikompromikan.

Pada masa yang sama UMNO menyambut baik aspirasi muafakat dalam berpolitik yang dianjurkan oleh PAS.

UMNO sentiasa memegang kepercayaan bahawa keterbukaan dan keanjalan kita dalam menggembleng perpaduan dan kekuatan politik adalah perkara yang sangat kritikal.

UMNO akan memberikan komitmen dan kerjasama yang selayaknya untuk bersama-sama PAS bagi menyusun ikhtiar dan mencari pendekatan terbaik dalam mengukuhkan Malaysia dan Islam dari segenap segi.

Selamat maju jaya diucapkan kepada seluruh pemimpin dan ahli PAS dan semoga Muktamar PAS pada tahun ini membuahkan kebaikan serta cetusan idea yang bernas demi kemaslahatan semua.

Selamat bermuktamar..


Leave a Reply

Your email address will not be published.

Tok Mat: Congrats PAS!

TOGETHER with a few friends, I had the opportunity to attend and listen to PAS President policy speech at the party’s Muktamar 2019.

My personal take and for Umno in general, we respect and welcome the content of the speech. Specifically, UMNO agrees that:

  • ‘Penyatuan Ummah’ among the Muslim and Malays must be seriously focussed and become a platform of integration. It is a waste if teething problems are given a passage to jettison it, thus leading to more breakaway.
  • ‘Perpaduan Nasional’ in the Malaysia context must be enhance seriously. Islam observes diversity. Hence, it is paramount that all quarters including politicians translate the true Islamic teaching and bring unity among various faiths and races.
  • Islam way of life must take the lead in governing the nation. Transparency, excellent economic policy and the preservation of pillars element such as Bahasa Melayu must gain attention and not to be compromised.

At the same time, UMNO welcomes the political collaboration as envisaged by PAS.

UMNO is of the believe that openness and flexibility in working for unification are among the most important elements.

UMNO will give its full commitment and cooperation to PAS in finding solutions to a unified Malaysia and in upholding Islam.

I wish PAS all the best with its Muktamar, hoping that all deliberations and suggestion raised will benefit us all.

Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan
UMNO Deputy President


Leave a Reply

Your email address will not be published.