UMNO Tidak Akan DiBubarkan Sertai Bersatu

1) Seruan pihak tertentu agar orang Melayu menyertai BERSATU untuk membentuk penyatuan Melayu tidak akan dilayan oleh orang Melayu.

2) Malah orang Melayu akan terus menolak Bersatu, kerana parti itu bertanggungjawab memecah-kecilkan orang Melayu semata-mata kerana persengketaan peribadi antara pemimpin tertentu.

3) Orang Melayu juga merasa sangat tertipu dengan politik Bersatu yang telah menipu pengundi dengan menabur gula-gula dalam manifesto mereka semata-mata untuk mendapat undi tetapi langsung tidak menunaikan janji mereka.

4) Bersatu juga meneruskan agenda DIVIDE N RULE dengan masuk ke Sabah dan Sarawak yang pastinya merosakkan kesatuan orang Melayu dan Bumiputera di sana.

5) Bersatu juga bertanggungjawab terhadap menularnya budaya songsang, liberal, LGBT dan lain-lain yang semakin bebas.

6) BERSATU juga dilihat bertanggung jawab menggadai kuasa dan kedudukan Melayu kepada DAP, terutamanya posisi strategik seperti menteri kewangan, menteri penerangan, peguam negara dan menghakis hak bangsa Melayu.

7) Lebih buruk lagi Bersatu dilihat sebagai parti peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad dan ketiadaan Tun sebagai PM merupakan titik mati yang pasti bagi Bersatu.

8) Sehingga sekarang Ahli UMNO dan Pas semakin padu dan istiqamah. Penyatuan Melayu melalui dua wadah ini bakal membentuk GELOMBANG BESAR yg akan membersihkan kotoran dan sampah yang ditinggalkan sekutu DAP termasuk Bersatu. Seruan pihak tertentu agar orang Melayu menyertai BERSATU utk membentuk penyatuan Melayu tidak akan dilayan oleh orang Melayu.

9) BERSATU bukanlah jawapan kepada cita-cita dan aspirasi perjuangan orang Melayu.

10) Seelok-eloknya ahli Bersatu segera berhijrah MENINGGALKAN DAP ke bahtera lebih besar UMNO-PAS dan sama-sama menyahut MUAFAKAT NASIONAL yang dipimpin gerakan orang Melayu dan Bumiputera Islam bersama rakan semua bangsa dan agama. ORANG MELAYU TIDAK AKAN MEMAAFKAN PERBUATAN BERSATU MENGGADAI HAK SERTA POSISI ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA KEPADA DAP.

Tan Sri Annuar Musa
Ahli Parlimen Ketereh


Leave a Reply

Your email address will not be published.

UMNO Will Not Dissolve

1. SUGGESTION by certain quarters for the Malays to unite under BERSATU cannot be entertained.

2. On the contrary, the Malays will oppose BERSATU continuously as it was formed to break the Malays apart as a result of personal conflict among their leaders.

3. The Malays felt that they were cheated by BERSATU politics which made empty promises in its manifesto to the electorates with the only objective to win their votes.

4. BERSATU also embarks on its DIVIDE AND RULE agenda by penetrating into Sabah and Sarawak which has negative bearing on the Malay/Bumiputra unity in East Malaysia.

5. BERSATU is also responsible in spreading cult culture such as liberalism, LGBT and others.

6. They are also responsible in submitting Malay power to DAP in light of surrendering the finance, information and the AG portfolios which is seen as eroding the Malay rights and status.

7. Worse still, BERSATU is perceived as a personal belonging to Tun Dr Mahathir Mohamad, and it will demise when he is no longer around.

8. It is on positive note that UMNO and PAS members are now coming around together and ‘istiqamah’. This Malay unity will soon form a giant wave to clean up all the mess left by DAP and BERSATU.

9. BERSATU is not the answer for Malay unity and aspiration.

10. It will be more appropriate for BERSATU members to desert DAP and join UMNO-PAS under the MUAFAKAT NASIONAL. The Malays will not forgive those responsible for putting their dignity down at DAP’s feet.

Tan Sri Annuar Musa
UMNO Secretary-General


Leave a Reply

Your email address will not be published.