‘Sekejap Nampak Lelaki Sekejap Nampak Perempuan’, YB Hanipa Hina Kaum Wanita

1. Saya berasa amat kesal dan kecewa dengan kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin yang mengeluarkan ungkapan ‘sekejap nampak lelaki sekejap nampak perempuan’.

2. Ungkapan yang ditujukan kepada Ahli Parlimen Pengerang itu adalah sesuatu yang biadap, tidak sepatutnya diungkapkan dan ia seolah-olah menghina dan memperlekeh kaum wanita malah ia berunsur seksis.

3. Walaupun beliau telah memohon maaf dan menarik balik kenyataan tersebut namun ia bukan sesuatu yang mudah dilupakan bak kata pepatah ‘terlajak perahu boleh diundur, telajak kata badan binasa’.

4. Sebagai seorang pemimpin, beliau sepatutnya berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan kerana sebagai pemimpin, beliau adalah contoh untuk rakyat.

5. Untuk rekod, YB Hanipa mengeluarkan kenyataan tersebut ketika Pengerang meminta laluan bertanya dalam sesi membahaskan Akta Antiberita Tidak Benar 2018.

YANG BERHORMAT DATO’ DR. NORAINI AHMAD
AHLI PARLIMEN PARIT SULONG
MERANGKAP
KETUA PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA

9 OKTOBER 2019


Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.