Lim Guan Eng Tersangat Rasis

Baru semalam saya ‘tweet’ dan menyatakan rakyat harus bangkit dan menolak DAP dari menjadi kerajaan.

Hari ini LIM GUAN ENG membuat kenyataan yang MENGESAHKAN DAKWAAN saya, bahawa mereka TERSANGAT RASIS dan begitu prejudis terhadap orang MELAYU dan ISLAM.

https://www.malaysia-today.net/…/non-malays-will-suffer-di…/

Kenyataan beliau bahawa ORANG BUKAN MELAYU DAN BUKAN ISLAM AKAN BERHADAPAN PENINDASAN (PERSECUTION) DAN DISKRIMINASI KIRANYA UMNO dan PAS menjadi kerajaan adalah satu HASUTAN PERKAUMAN YANG MELAMPAU, RASIS YANG NYATA, dan satu kenyataan yang SANGAT BIADAP terhadap majoriti orang MELAYU dan umat Islam negara ini.

LGE seharusnya disiasat di bawah AKTA HASUTAN atas kenyataannya dan atas tindakannya dalam pengeluaran dan pengedaran komik “BELT AND ROAD INITIATIVES” yang diharamkan kerajaan PH baru-baru ini.

Dalam keadaan KDN Kerajaan PH sendiri mengesahkan keterlibatan pemimpin parti DAP dalam aktiviti organisasi keganasan, penyebaran ideologi songsang dan sebagainya, apakah bukti yang LGE Ada untuk menuduh UMNO Dan PAS akan menindas dan mendiskriminasi bukan MELAYU dan bukan ISLAM?

PAS mentadbir Kelantan hampir 50 tahun dan UMNO bersama PERIKATAN dan BN mentadbir negara lebih 60 tahun, siapakah orang bukan MELAYU dan bukan ISLAM yg ditindas atau diDISKRIMINASI? Wujudkah TANAH MELAYU YANG MERDEKA, DAN MALAYSIA YANG BERBILANG KAUM DAN AGAMA SEKIRANYA UMNO DAN PAS BERSIKAP SAPERTI YANG LGE CUBA GAMBARKAN.

Sesungguhnya kenyataan saperti inilah membangkitkan kemarahan orang MELAYU dan UMAT ISLAM dan sering dibangkitkan oleh DAP terutama di khalayak orang bukan MELAYU untuk menakut-nakutkan mereka.

Kenyataan ini meningkatkan lagi keyakinan saya bahawa DAP dengan cara dan dasarnya sekarang, tidak harus berada dalam kerajaan.

YAB PM selaku KETUA KERAJAAN harus segera MELAKUKAN sesuatu dan selamatkan negara dari fahaman songsang serta SEMANGAT RASIS YANG MELAMPAU ini demi MALAYSIA YANG SEDERHANA, HARMONIS DAN BERBILANG BANGSA.

TAN SRI ANNUAR MUSA
SETIAUSAHA AGUNG UMNO
AHLI PARLIMEN KETEREH


Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.