Kabinet Kerajaan PH, Itu Urusan Mereka

Samada Perdana Menteri (PM) mahu membuat rombakan atau tidak barisan Kabinet Kerajaan PH itu terpulanglah kepada beliau. Rasanya tiada keperluan untuk mencampuri urusan dan hak Perdana Menteri.

Biarpun pelbagai pihak mengkritik dan memberikan pandangan. Pada saya jika PM mahu terus mengekalkan Menteri dan Timbalan Menteri yang sedia ada pun terpulanglah kepada beliau.

Semua ini bukan urusan kita.

Keutamaan kita ialah memperkukuhkan UMNO, melakukan perubahan yang lebih baik kepada Barisan Nasional ( BN ), dan menjayakan Muafakat Nasional bersama PAS serta parti parti yang lain.

Justeru, apa juga situasi yang berlaku atau dilakukan oleh Kerajaan PH, menjadi tanggungjawab kita untuk terus menyusun strategi menghadapi Kerajaan PH bagi keuntungan kita.

Realitinya PM dan kerajaan pimpinannya dalam keadaan yang tidak stabil. Pelbagai pihak tidak meyakininya. Dana asing di Bursa Malaysia semakin hilang. Ringgit semakin menjunam. Pelaburan asing begitu kurang. Pelbagai janji PRU14 tidak tertunai.

Malah, krisis kepimpinan berlaku dalam Kerajaan PH. Kebanyakan parti Pakatan Harapan sedang bermasalah. Pelbagai agensi penguatkuasa diragui kebebasannya. Rakyat semakin menunjukkan penolakan kepada Kerajaan PH.

Kekalahan berturut di empat pilihanraya kecil ; Cameron Highland, Semenyih, Rantau dan terbaru di Tanjung Piai adalah dalil penolakan rakyat kepada PH.

Perdana Menteri pula dilihat tidak mendapat sokongan penuh dari pimpinan parti gabungan PH. Beliau semakin hilang pengaruh serta hilang kekuatan. Dan jika beliau terutama Kerajaan PH mahu runtuh.

Tiada keperluan untuk kita beri kekuatan kepadanya. Biarlah PH bermasalah.

Kerana saya yakin majoriti rakyat tidak sabar mahu pilihanraya semula diadakan dan memilih kerajaan baru.

Oleh itu focus terbaik kita sekarang ialah membina kekuatan. Bersiapsedia bagi membolehkan UMNO BN, MUAFAKAT NASIONAL mengambilalih semula Kerajaan Malaysia.

Semua pimpinan dan MP UMNO BN saya yakin bersatupadu dan bersedia menghadapi semua situasi.

YB DATO DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
Ketua Penerangan UMNO Malaysia.

#umnopas
#muafakatnasional
#bossku
#kerajaaansepenggal #maluapabossku #lenggong #gerik
#UMNOOnline
#bnonline


Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.