Kekurangan Kertas Soalan Calon SPM Tidak Sewajarnya Berlaku

Saya mendapat maklumat bahawa calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 tidak dapat memulakan peperiksaan subjek Kimia Kertas 3 pada waktunya kerana kekurangan bilangan kertas peperiksaan berbanding bilangan calon yang ada.

Peperiksaan sepenting ini tidak boleh ada kecacatan daripada aspek teknikal kerana boleh mengganggu emosi calon-calon serta menyebabkan situasi menjadi gelabah dan tidak menentu.

Persoalannya adakah ini yang kita mahukan terjadi kepada anak-anak pelajar yang telah membuat persiapan rapi sejak sekian lama?

Saya menggesa Kementerian Pendidikan dan Lembaga Peperiksaan agar memastikan perkara sebegini tidak berulang lagi pada masa akan datang.

Sekian,

DATO’ SERI MAHDZIR KHALID
Naib Presiden UMNO Malaysia
Ahli Parlimen Padang Terap


Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.