Sukan SEA 2019: Gagal Capai Sasaran, Syed Saddiq Mesti Bertanggungjawab

Kita ucapkan tahniah kepada atlet Malaysia yang berjaya mendapat pingat di Sukan SEA 2019 kali ini di Filipina. Berdasarkan kedudukan pungutan pingat yang menyaksikan Malaysia hanya memungut 55 emas, 58 perak dan 71 gangsa.

Melihat kepada kedudukan ini, maka sasaran 70 emas nyata gagal dicapai oleh Malaysia. Situasi ini menyaksikan Sukan SEA kali ini telah menjadi temasya keempat terburuk dalam sejarah 20 tahun terakhir penyertaan Malaysia dalam Sukan SEA.

Malaysia membawa kontinjen yang besar bertanding di Filipina dengan penyertaan 773 atlet membabitkan 54 daripada 56 acara dipertandingkan. Namun, amat mengecewakan rakyat Malaysia.

Justeru, kegagalan Malaysia mencapai sasaran, memperlihatkan kegagalan Menteri Belia Dan Sukan Malaysia.

Maka, Kementerian Belia Dan Sukan dimana Menteri Belia dan Sukan nya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mesti bertanggungjawab.

YB DATO’ DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
Ketua Penerangan UMNO Malaysia
Ahli Parlimen Lenggong


Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.