Dong Jiao Zong, Cukup-cukuplah Hina Melayu

Pertubuhan rasis sempit Dong Jiao Zong sekali lagi teruskan sikap kurang ajar mereka.

Tak ada sebab kenapa tulisan Jawi tidak boleh diperkenalkan di sekolah vernakular walhal garis panduan pelajaran tulisan Jawi sudah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan.

Persidangan protes tulisan Jawi ini memalukan dan menghina seni tulisan dan budaya orang Melayu dan Malaysia secara terbuka.

Kenapa kerajaan PH masih lagi berpeluk tubuh sedangkan pertubuhan Dong Jiao Zong layak diharamkan? Masih layakkah PH mengemudi kerajaan? Setelah perpaduan di negara ini makin hari makin diuji.

Tidak kah tindakan boleh di ambil terhadap Dong Jiao Zong diatas tindakan mereka yang boleh menimbulkan bersakit-sakit hati antara rakyat? Kita juga bimbang takut-takut ada tindak balas dari kalangan orang Melayu.

Diharap pihak polis hentikan persidangan mereka bagi memastikan keamanan negara ini dapat dikekalkan.

#bubarparlimen

Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Naib Presiden UMNO Malaysia


Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.