UMNO Akan Terus Memperkasakan Muafakat Nasional Bersama PAS

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO bersetuju untuk menerus dan memperkasakan Muafakat Nasional dengan mempertingkatkan gerak kerja bersama PAS terutamanya dalam berhadapan dengan sebarang kemungkinan.

Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa dalam satu kenyataan media berkata, Majlis Kerja Tertinggi telah berbincang secara panjang lebar berkenaan hala tuju dan pendekatan Muafakat Nasional dalam senario politik yang tidak menentu ini demi memelihara kepentingan rakyat.

“Majlis Kerja Tertinggi merasa amat bimbang dengan kedudukan orang Melayu, Kaum Bumiputera, Umat Islam dan rakyat keseluruhannya yang semakin terhimpit berpunca dari kegagalan Pakatan Harapan.

“Maka dalam mesyuarat bulanan Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Presiden UMNO telah memberikan penjelasan terkini berhubung situasi politik semasa malah Presiden juga telah memberikan pelbagai senario yang berkemungkinan berlaku dan senario-senario tersebut telah dinilai secara bersama dengan PAS dalam semangat Muafakat Nasional,” ujar beliau.

Justeru, Majlis Kerja Tertinggi UMNO berpuas hati dengan penjelasan tersebut dan telah memberikan pandangan secara terbuka untuk perhatian dan tindakan Presiden UMNO,” ujar beliau.


Leave a Reply

Your email address will not be published.

UMNO to strengthen Muafakat Nasional with PAS

THE Supreme Council meeting has agreed to pursue and strengthen Muafakat Nasional with PAS, notably in preparing it for any possibilities.

UMNO Secretary-General Tan Sri Annuar Musa said in a media statement that the Council has discussed at length the issue of Muafakat Nasional’s future and direction in view of current political scenario in light of its commitment to the rakyat.

“The MT is worried with the status of the Malays, Bumiputras, Muslims and the rakyat who are becoming more suppressed as a result of Pakatan Harapan failures.

“Hence, in its monthly meeting the Council has given the latest picture of the current political situation. Even the President has explained on the latest approach that might summon the needs to collaborate with PAS over so many scenarios, in the context of Muafakat Nasional,” he said.

The Council is fully satisfied with such explanations and has given its downright attention over the President’s action, he said.

 


Leave a Reply

Your email address will not be published.