UMNO Ucap Tahniah Kabinet Baharu, Fokus Persiapan PRU15

1. UMNO mengucapkan tahniah kepada YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah berjaya mengumumkan barisan Jemaah Menteri hari ini.

2. Kami mengambil kira suara akar umbi dan keperluan Perikatan Nasional untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan ekoran ‘trust deficit’ atau defisit kepercayaan oleh Pakatan Harapan sebelum ini.

3. Kami memberi sokongan yang tidak berbelah-bahagi kepada kepimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri menerusi kerajaan yang baharu sahaja ditubuhkan.

4. Saya menolak jawatan Kabinet agar dapat fokus mempersiapkan parti menghadapi PRU ke-15.

5 . Saya akan membersihkan diri saya di mahkamah dan pertuduhan-pertuduhan terhadap saya tidak digugurkan sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Peguam Negara terdahulu terhadap pemimpin-pemimpin kerajaan sebelum ini.

6. Insya-Allah, saya berdoa agar mahkamah membuat keputusan yang terbaik untuk saya.

7. Saya mahu mahkamah menentukan keputusannya walaupun ini adalah pendakwaan politik dan pendakwaan terpilih.

Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi


Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.