Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat: Dilema Perusahaan Kecil Dan Sederhana

TINDAKAN pantas, prihatin dan memahami denyut nadi rakyat, itulah yang dapat disimpulkan berkaitan dengan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) sepertimana diumumkan kerajaan baharu-baharu ini.

Dengan pengumuman PRIHATIN sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan rakyat khususnya B40 dan M40 berhadapan dengan penularan pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Rakyat dan individu yang berkelayakan tidak kira sama ada ‘Makcik Kiah’, suri rumah, penjaja, pekebun, nelayan, kakitangan kerajaan, swasta dan pelajar mulai 1 April 2020 boleh mengakses ke http://www.hasil.gov.my, https://bsh.hasil.gov.my, https://www.treasury.gov.my, bagi melakukan semakan status dan mendaftar Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Usah segan dan malu bagi mendapatkan BPN yang disediakan oleh kerajaan kepada rakyat dan individu yang layak.

Bagi kakitangan dan pelaksana BPN, kita permudahkan urusan rakyat yang layak menerima bantuan ini tanpa sebarang biokrasi sepertimana sabdaan Nabi Muhammad SAW yang bermaksud “Permudahkan jangan menyukarkan, berilah berita gembira dan jangan membuat orang lari” (HR Bukhari & Muslim/ Riyadhus Solihin 637).

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) juga mendapat faedah daripada PRIHATIN. Menurut Menteri Kewangan, “Pelbagai langkah diambil untuk memastikan individu dan syarikat PKS yang terkesan diberi sokongan yang berpatutan”. Menurutnya lagi “Selain peruntukan untuk membantu PKS mengekalkan operasi perniagaan, melindungi pekerjaan dan menggalakkan pelaburan domestik, bank-bank tempatan juga turut mengambil langkah-langkah untuk menyokong individu dan syarikat PKS yang terkesan”.

Tidak dinafikan PRIHATIN telah menyediakan pinjaman atau pembiayaan kepada PKS dan syarikat korporat, kemudahan penyusunan dan penjadualan semula serta moratorium selama enam bulan untuk perniagaan PKS.

Namun, mengambil kira pandangan dan kebimbangan yang disuarakan oleh pemegang taruh PKS berkaitan dengan kemelut yang dihadapi mereka, beberapa persatuan telah memberi saranan bagi meringankan beban majikan PKS.

Mereka yang mewakili PKS seperti Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Persatuan Peruncit Malaysia (MRA), Pertubuhan Peruncit Bumiputera (BRO), Persatuan Arkitek Perunding Malaysia (ACAM), Persatuan Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) dan Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA) menyarankan beberapa langkah untuk pertimbangan kerajaan bagi meringankan beban dan dilema majikan PKS bagi mengelak daripada berlakunya penutupan operasi perniagaan yang terkesan secara langsung akibat penguncupan ekonomi negara dan dunia.

Presiden Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Kristalina Georgieva, berkata, “Kedalaman penguncupan ekonomi dan kelajuan pemulihan bergantung pada kadar kawalan wabak jenis baru coronavirus (Covid-19) dan seberapa kuat dan bagaimana menyelaraskan tindakan dasar monetari dan fiskal” tambahnya lagi “menyedari bahawa ekonomi global dijangka menyusut tahun ini dan pulih pada tahun 2021”.

Tiga dilema yang dihadapi oleh PKS iaitu; Bagaimanakah perniagaan mereka akan bertahan sehingga ekonomi pulih pada tahun 2021? Bagaimanakah syarikat membayar gaji dan upah? Bagaimanakah syarikat membayar sewa dan caj utiliti?

Sebagai rekod bagi tahun 2018, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan mencatatkan sumbangan sebanyak 38.3 peratus kepada RM521.7 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Menurut SME Corp Malaysia, data terbaharu yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan PKS mencatatkan pertumbuhan sebanyak 6.2 peratus pada tahun 2018. Sektor perkhidmatan dan pembuatan terus menjadi penyumbang utama dengan gabungan sumbangan sebanyak 82.4 peratus pada 2018. Sumbangan besar PKS kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun-tahun sebelum ini tidak boleh dipandang remeh.

Jika dalam tempoh PKP dan pasca PKP, permasalahan dan kemelut yang dihadapi PKS tidak diatasi dengan berhemah, adakah negara mampu mencapai sasaran sumbangan Perusahaan Kecil dan Sederhana sebanyak 41 peratus kepada KDNK menjelang 2020 sejajar dengan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030)?

UMNO, Barisan Nasional dan Muafakat Nasional menggesa kementerian dan agensi yang berkaitan dengan PKS terutamanya Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia) sebagai agensi penyelaras pusat (CCA) yang melibatkan 17 Kementerian dan lebih 60 agensi mencari jalan terbaik membantu PKS di saat kritikal ini. Pertemuan dan perbincangan segera dan berkala perlu diadakan bagi mendengar pandangan dan cadangan persatuan-persatuan yang mewakili PKS.

Pakar ekonomi termasuk Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menjangkakan pembuangan pekerja akan berlaku sebesar 1 hingga 2 juta orang dalam beberapa bulan akan datang, jika permasalahan penguncupan ekonomi dan PKS tidak dirungkaikan segera.

Setelah saya meneliti pandangan dan kenyataan akhbar oleh beberapa persatuan PKS, untuk merangsang pasaran dalam jangka pendek dan sederhana, beberapa perkara yang boleh dipertimbangkan oleh kerajaan bagi mengurangkan bebanan PKS antaranya:

1. Pembayaran dan obligasi wajib seperti caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Majikan dan pekerja diberikan pengecualian caruman sekurang-kurangnya bagi tempoh enam bulan yang akan datang.

2. Membenarkan penangguhan pembayaran cukai tertunggak untuk LHDN, kastam, dan cukai lain sekurang-kurangnya 6 bulan serta pengurangan cukai pendapatan, cukai jualan, setem tugas untuk 2020. Dasar ini sedang diterapkan di banyak negara.

3. Mempermudahkan pengeluaran dana PKS yang sedang atau sudah diluluskan. Ini kerana dalam tempoh PKP, syarikat kecil lebih memerlukan dana berbanding organisasi besar.

4. Penekanan larangan pemberhentian pekerja kepada majikan melalui AKTA BURUH di bawah Jabatan Tenaga Kerja telah menjadi dilema kepada PKS. Satu kaedah yang lebih praktikal perlu dirangka supaya berlaku kompromi ‘menang-menang’ untuk kebaikan pekerja dan majikan.

Dalam usaha mengurangkan impak kelembapan ekonomi, langkah segera perlu dirangka bagi mengurangkan bebanan PKS berikutan sektor ini memberi sumbangan besar kepada KDNK negara. Tindakan segera kerajaan dapat mengurangkan kesan negatif pasca PKP kepada majikan dan pekerja.

Saya yakin Menteri Kewangan akan menimbangkan dengan sewajarnya pandangan dan keluhan PKS sepertimana kenyataannya sebelum ini “Kementerian Kewangan dan agensi-agensi di bawahnya akan terus bekerjasama dengan sektor kewangan dan pelaburan untuk mengkaji pelaksanaan PRE2020 dan langkah-langkah seterusnya bagi membantu dan menyokong perniagaan dan isi rumah mengikut keperluan semasa”.

Bersama-sama kita doakan semoga segala usaha kerajaan membantu rakyat keseluruhannya dipermudahkan.

AHMAD ZAHID HAMIDI
#juststayathome
#stayhomestaysafe
#kitajagakita


Leave a Reply

Your email address will not be published.

Stimulus package: SMIs in dilemma

SPEEDY response to the people’s predicament, that’s how we can sum up the People’s Stimulus Package or PRIHATIN announced by the government recently.

It is hoped that PRIHATIN will be able to ease the burden of the rakyat, notably the B40 and M40 who were much affected by the COVID-19 pandemic and the Movement Control Order or MCO.

Those who qualify irrespective of ‘Makcik Kiah’, housewives, petty traders, planters, fishermen, civil and private servants and students can access www.hasil.gov.my, www.bsh.hasil.gov.my, and www.treasury.gov.my, to check their status to receive the ‘Bantuan Prihatin Nasional’ (BPN). Don’t hesitate or feel shy to get such aid if you are qualified.

To BPN facilitators, we should simplify the process without red tapes, as envisaged by Prophet Muhammad SAW: “Simplify and not complicate, give them good news and dont make them go away” (Hadith related by Bukhari & Abu Muslim/Riyadhus Solihin 627).

The Small and Medium-scaled Industries (SMIs) too are benefitting from by PRIHATIN. According to Finance Minister: “Various steps are taken to ensure all affected individuals and SMIs get some supports. He added that “as an incentive for the SMIs to resume operation, protects employment and encourage domestic investments, local banks are also taking measures to support them.”

It is undeniable that PRIHATIN had issued loans to SMIs and corporate sector, hence a moratorium on loan servicing for six months is given. However, some SMI associations have spoken up and gave feedback to ease off the employers’ burdens.

Representatives of Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Persatuan Peruncit Malaysia (MRA), Pertubuhan Peruncit Bumiputera (BRO), Persatuan Arkitek Perunding Malaysia (ACAM), Persatuan Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) and Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA) suggested some measures that could help the SMIs in dilemma and to avoid close shop due the world’s economic downturn.

The International Monetary Fund (IMF) president Kristalina Georgieva had said: “The depth of shrinking economy and its speedy recovery depends much on how fast Coronavirus pandemic is contained, and how strong we are to act on the monetary and fiscal policies,” adding that “it is expected the global economy will shrink this year and recovers in 2021.”

Three dilemmas facing the SMIs are: How their business could sustain until 2021? How are they going to pay wages and salaries? How are they going to service the rentals and utility charges?

For the record in 2018, local SMIs contributed 38.3 per cent or RM521.7 billion to the Gross Domestic Product or GDP. According to SME Corp Malaysia, latest data by the Statistic Department showed that SMI sector chalked a 6.2 per cent increase.

Services and manufacturing continued to be the major contributor at 82.4 per cent in 2018. Hence, the significant of the SMIs cannot go unnoticed.

Should problems of the SMIs are not resolved during MCO or post-MCO, will the country still able to meet the 41 per cent contribution to the GDP in 2020 which is in tandem with our National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN 2030)?

UMNO, Barisan Nasional and Muafakat Nasional therefore urge the respective ministry and agency related to the SMIs, particularly SME Corp as the central implementation agency involving 17 ministries and more than 60 agencies to continue supporting the SMIs in this crucial time.

Regular meetings are crucial in getting feedback from associations representing the SMIs. Economic experts, including MIER (Malaysian Institute of Economic Research) expected between 1 and 2 million workforce will be laid down in the next few months if issues hovering the SMIs are not attended to immediately.

After reading statements by some SMI associations in stimulating the industries for short and medium terms, I would like to suggest few measures for the government’s evaluation, among which are:

  1. To consider waiving off compulsory contribution to the Employees’ Provident Fund (EPF) and SOCSO at least for six months immediately.
  2. Allowing them to postpone deferred income-tax payments to LHDN, Customs and other taxes for at least 6 months, besides reduced taxes on revenue, sales tax and duty stamp throughout 2020. This policy is being carried out in many countries.
  3. Simplify fund withdrawal for SMIs already approved or under evaluation because during the MCO, smaller companies need funding more than the big ones.
  4. Government’s provision for employers not lay off workers as stipulated in WORKERS ACT under Jabatan Tenaga Rakyat is in fact a dilemma for the SMIs. A more practical method must be outlined to create a ‘win-win’ situation between employers and workers.

In measures to lessen the impact of the economic slump, immediate steps must be regulated to ease off predicaments of the SMIs as it contributes handsomely to the national GDP. Immediate government’s action will surely able to reduce their burden.

I am convinced our Finance Minister will look into the proposals and issues put forward by the SMIs, as he once said:

“The Finance Ministry and its agencies will continue working with the financial and investment sectors in ensuring the smooth implementation of PRE2020 and the prudent steps to support and aid current needs of the businesses and the people.”

Together we pray that all efforts by the government meet its objectives.

AHMAD ZAHID HAMIDI
#juststayathome
#stayhomestaysafe
#kitajagakita


Leave a Reply

Your email address will not be published.