Pembatalan UPSR, PT3 Serta Penundaan SPM, SVM, STPM Dan STAM Bukti Keprihatinan Kerajaan

Saya menyambut baik pengumuman Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membatalkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun 2020 dan penundaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia serta Sijil Tinggi Agama Malaysia kepada suku pertama tahun 2021.

Semoga tindakan ini disambut baik oleh guru dan pelajar kerana secara tidak langsung dapat menyelesaikan kemelut pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang terganggu sejak penularan pandemik COVID-19. Di samping ia juga dapat memberi ruang dan peluang secukupnya kepada pelajar SPM, SVM, STPM dan STAM membuat persiapan.

Memandangkan peperiksaan UPSR dan PT3 dibatalkan, kementerian perlu segera mengkaji dan memperkenalkan mekanisma serta kaedah baharu untuk dijadikan kriteria pemilihan kemasukan pelajar ke sekolah berasrama penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).

Langkah yang diambil oleh kementerian menjadi bukti keprihatinan dan komitmen kerajaan bagi melindungi anak-anak kita daripada pandemik COVID-19 kerana soal keselamatan dan kesihatan adalah keutamaan kerajaan.

#kitajagakita
#staysafe
#stayathome

Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Presiden UMNO
Ahli Parlimen Bagan Datuk


Leave a Reply

Your email address will not be published.

UPSR, PT3 cancelled, major exams postponed: The government cares

I welcome the Education Ministry (KPM) announcement to cancel UPSR and PT3 for the year 2020 and to defer Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia and Sijil Tinggi Agama Malaysia examinations to the first quarter of 2021.

May this move also get positive response from teachers and students as it helps resolving the education system which was much affected by the Covid-19 pandemic. It also provide time for those sitting for SPM, SVM, STPM and STAM with ample time making preparations.

Since UPSR and PT3 are cancelled, the ministry should look into possibility of introducing new mechanisms as options to students enrolling for full boarding schools (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) and Maktab Tentera Diraja (MTD).

The decision reflects the government’s deep care and concern in keeping our children safe from the devastative Covid-19 pandemic.

#kitajagakita
#staysafe
#stayathome

Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
UMNO President
MP for Bagan Datuk


Leave a Reply

Your email address will not be published.