COVID-19: Kita Berada Di Landasan Tepat Menuju Kemenangan

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ke-3 akan berakhir dalam beberapa hari sahaja lagi.

Kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam menyebut bahawa pihaknya belum pasti sama ada PKP akan ditamatkan atau dilanjutkan. Bergantung kepada data-data yang diperolehi dan analisa oleh pihak KKM.

Graf kumulatif kes aktif dan kumulatif kes discaj, titik pertemuan di antara 2 garisan ini hanya berjaya ditemukan pada 14hb April yang lalu, sewaktu PKP telah memasuki fasa ke-3 dan setelah 33 hari kita berusaha memutuskan rantaian COVID-19.

Ini membuktikan bahawa peperangan melawan COVID-19 bukanlah mudah. Kita memerlukan tempoh lebih sebulan untuk menyeimbangkan kumulatif kes aktif dan kumulatif kes discaj.

Bagi memperoleh kemenangan sebenar terhadap pandemik COVID-19 ini, kita bukan sahaja memerlukan satu tempoh waktu yang lebih lama tetapi kita juga perlu mengorbankan ‘norma biasa’ kehidupan dan menyesuaikan diri dengan ‘norma baharu’ kehidupan.

Buat sementara waktu, tiada solat berjemaah dan terawih di masjid, bazar Ramadan, budaya kunjung-mengunjung dan sebagainya.

Harapan saya, apa pun keputusan yang diambil kerajaan, sama ada PKP dilanjutkan atau ditamatkan, kita kekal tenang dan menerimanya dengan positif demi kemaslahatan bersama.

Walaupun negara sudah berada di landasan tepat bagi memutuskan rantaian pandemik COVID-19, tetapi kita akan terus berusaha sehingga beroleh kemenangan.

Kekal istiqamah dan berdoa agar kita beroleh kemenangan dengan segera.

#stayathome
#kitajagakita

Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Presiden UMNO


Leave a Reply

Your email address will not be published.

COVID-19: We are on the right track

THE 3rd phase of Movement Control Order (MCO) will end soon. A statement by the Health Ministry yesterday noted that it was not certain as to whether the MCO will be further extended or ended, depending on all data obtained.

The cumulative graft on active and discharged cases was only detected on April 14 when the MCO was entering its 3rd phase and on the 33rd day the contagion chain was snapped.

This shows that the war against Covid-19 is not at all easy. We need more than a month to find a balance to the active and discharged cases.

In order to win over Covid-19 pandemic, we need not only more time but to sacrifice our normalcy in life and adapt to the new ones.

In the meantime, no ‘solat berjemaah’ and ‘terawih’ prayers will allowed in mosques, no Ramadan bazzar and no to visiting relatives and friends.

My hope is whatever decision taken by the government, as to whether the MCO is extended or not, we should stay calm and take it as our common obligation.

Although our nation is on the right track in its war against Covid-19, we must march on as one to chalk a legitimate victory.

Do pray for it.

#stayathome
#kitajagakita

Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Presiden UMNO


Leave a Reply

Your email address will not be published.