Moratorium Bagi Pinjaman Sewa Beli Perlu Dirungkai Segera, Elak Keresahan Rakyat

Kenyataan Bank Negara Malaysia (BNM) semalam berkenaan dengan kadar faedah akan dikenakan bagi pinjaman sewa beli kenderaan bercanggah dengan keputusan yang telah diumumkan sebelum ini. Kerajaan pada Mac lalu telah bersetuju untuk memberikan moratorium secara automatik bagi pembayaran balik pinjaman termasuk pinjaman sewa beli kenderaan selama 6 bulan bermula pada April hingga September tahun ini.

Selain itu, moratorium ini juga tidak lagi diberikan secara automatik kepada semua peminjam seperti yang sedang dilaksanakan sekarang. Bermula hari ini, peminjam perlu membuat permohonan daripada institusi kewangan untuk mendapatkan penangguhan pembayaran pinjaman bagi pinjaman sewa beli ini.

Saya berpandangan, keputusan ini lebih memihak kepada kepentingan industri perbankan. Mengubah polisi demi menjaga kepentingan sektor kewangan di saat rakyat dan sektor-sektor lain sedang bergelut dengan bebanan kewangan adalah sesuatu yang mengecewakan rakyat.

Keluhan dan kegelisahan rakyat berkaitan moratorium pinjaman sewa beli perlu diselesaikan segera. Kerajaan digesa mencari solusi terbaik bagi merungkai kemelut ini. Jangan kita bebani rakyat yang sudah terbeban dengan kehilangan punca pendapatan, pemotongan gaji, diberikan cuti tanpa gaji, diberhentikan kerja dan tidak dapat menjalankan perniagaan. Segala bentuk ‘unnecessary stress’ berkaitan polisi kerajaan perlu dielakkan. Keprihatinan kerajaan dengan memahami denyut nadi rakyat ketika berhadapan dengan pandemik COVID-19 ini perlu diutamakan.

Kita harus ingat, di samping menghadapi pandemik COVID-19 ini, negara juga bakal berhadapan dengan krisis ekonomi. Maka polisi kerajaan harus mengambil kira impak dan risiko terhadap keseluruhan sektor dalam ekonomi, bukan hanya memberi pertimbangan kepada satu sektor sahaja.

Saya amat berharap kerajan memberikan penjelasan segera, secara tuntas, dalam bahasa mudah untuk difahami oleh rakyat. Isu yang berkaitan kewangan dan pinjaman ini bersifat teknikal, mudah menimbulkan kekeliruan, oleh itu penjelasan dalam bentuk yang mudah difahami amatlah penting.

Rakyat mengharapkan kerajaan melalui Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kewangan Malaysia dapat mitigasikan situasi ini sebaik mungkin, “Sama sama kita Menang, Sama sama kita bina negara ini semula”.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Presiden UMNO


Leave a Reply

Your email address will not be published.

Resolve moratorium on hire purchase

A STATEMENT by Bank Negara Malaysia (BNM) yesterday to slap borrowers with accrued interest for car loans is against earlier decision. The government had in Mac agreed to give a 6-month moratorium for hire purchase beginning April until September this year.

What’s more intriguing is the moratorium is no longer automatically given to all borrowers as in practice now. From today onward, borrowers must apply from respective financial institutions for deferment of loan servicing.

I am of the opinion that such a decision only favors the banking sector. Changing a policy just to fit into the interest of banking sector is not proper in light of the predicament faced by the people. It is very disappointing indeed.

The rakyat predicament on the hire purchase moratorium must be quickly resolved. The government is urged to find an amicable solution to it. Don’t burden the people already hit by income loss, pay cut, unpaid leave, lay off and unable to carry out their business.

This unnecessary stress over the government policy must be avoided. The government must be seen as benevolent enough during this hard times in combating the Covid-19 pandemic.

Bear in mind that besides the pandemic, the nation is poised for an economic crisis. Hence, any government policy must take into account the overall impact on all sectors of the economy and not to give attention on one sector alone.

I do hope the government will provide a tangible explanation soon and in simple words easy for the people to comprehend. All issues on financial strategy and loans are technical and may wrongly perceived, thus a simple and proper way of explanation is vital.

The people are looking at the best mitigation between BNM and the Finance Ministry as soon as possible. Make it into a win-win situation. Together we rebuild the nation.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
UMNO President


Leave a Reply

Your email address will not be published.