Kenyataan Media Hari Ulang Tahun UMNO Ke-74

KENYATAAN MEDIA
SETIAUSAHA AGUNG UMNO MALAYSIA
YB DATUK SERI HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN
HARI ULANG TAHUN UMNO KE-74

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) akan meraikan Ulang Tahun UMNO Ke-74 pada 11 Mei 2020 (Isnin) bersamaan 18 Ramadhan 1441 Hijrah. Sambutan pada kali ini diadakan secara sederhana, mengambil kira Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berkuatkuasa.

Bersempena Ulang Tahun UMNO kali ini, semua ahli UMNO dianjurkan di rumah masing-masing agar mengadakan bacaan Yassin, solat hajat dan doa selamat memohon supaya parti keramat ini dilindungi oleh Allah dan ahli-ahlinya dijauhi daripada malapetaka.

Bacaan Yassin dan solat hajat ini boleh diadakan selepas berbuka puasa pada 10 Mei 2020 (malam). Diingatkan juga tarikh 10 Mei 2020 adalah Hari Memperingati Nuzul Quran.

Pada 11 Mei 2020, YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO akan berkomunikasi secara live bersama 13 Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dan 3 wakil Kelab UMNO Luar Negara melalui aplikasi Webex video conferencing, yang akan dimulakan pada jam 10.00 pagi.

YB Dato’ Seri Presiden juga akan mengumumkan Anugerah Hari UMNO kepada agensi barisan hadapan (frontliners) yang menangani Covid-19, sebagai simbolik penghargaan UMNO kepada jasa dan komitmen Barisan Hadapan Negara dalam menjaga keselamatan rakyat dan negara. Plak dan sijil penghargaan kepada agensi itu akan disampaikan pada satu masa lain yang akan diberitahu kelak.

Semua ahli UMNO disarankan agar mengibarkan bendera UMNO di kediaman atau rumah masing-masing sebelum 11 Mei 2020 sebagai tanda terima kasih kita kepada perjuangan parti yang sejak 74 tahun lalu banyak berjasa kepada rakyat negara ini.

Marilah sama-sama kita jadikan ulang tahun UMNO ke-74 ini yang kebetulan jatuh dalam bulan Ramadan al-Mubarak sebagai detik bagi kita memperkasakan iltizam untuk terus berjuang mengangkat maruah parti dan masa depan rakyat.

Logo Hari UMNO yang ke-74 adalah seperti berikut:-

Sec-Gen statement on UMNO 74th anniversary

STATEMENT BY SECRETARY-GENERAL YB DATUK SERI HAJI AHMAD MASLAN IN CONJUNCTION WITH UMNO 74th ANNIVERSARY

UMNO will celebrate its 74th anniversary on May 11, 2020 (Monday) which also falls on 18th of Ramadan 1441 Hijrah. This year celebration will be moderate, taking heed of the Movement Control Order (MCO).

In conjunction with its anniversary, all members are advised to recite the Yassin and prayers at home to seek blessing from God The Almighty to protect UMNO and its members from any mishaps and distasteful events.

The recital of Yassin can be carried out after breaking fast on May 10. I would like to remind members that the evening of May 10 is also the Nuzul Quran day.

The President Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi will have a ‘live’ session with 13 State Liaison Chiefs and three representatives of UMNO’s oversea clubs on May 11 via a video conferencing on Webex application from 10.00AM onwards.

Our President will also announce the UMNO Award Day to our frontliners fighting Covid-19 pandemic as a symbolic gesture for their commitment and contribution in protecting the people and the nation. The plaques and certificates of appreciation will be given on a date to be finalised soon.

All members are also advised to fly the party’s flag at their respective home before May 11 as a gratitude momento towards UMNO’s struggle and contribution to the people and nation since the last 74 years.

Let’s make the 74th UMNO anniversary which is coincidental with the holy month of Ramadan as a mean to fortify effort and determination for our struggle towards enhancing the dignity and future of the party and the people.

The anniversary logo are as below: