Ramadhan Al-Mubarak; Mujahadah Dan Pengorbanan

Pandemik COVID-19 telah mengubah tradisi umat Islam menjalani ibadah puasa. Tahun ini Ramadan disambut dalam suasana norma baharu ‘new normal’ yang nyata berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya.

Tiada bazar Ramadan, tiada buffet Ramadan, tiada ‘iftar jamaei’, solat terawih, tadarus al-Quran dan moreh di masjid dan surau. Semoga suasana baharu ini tidak menjadi penghalang bagi kita melaksanakan ibadat puasa dengan sebaiknya.

Tidak dinafikan kita rindukan untuk menunaikan solat tarawih berjemaah di masjid dan kemeriahan bazar Ramadan yang menjual pelbagai juadah seperti murtabak, popia, ayam golek dan beraneka jenis minuman. Tetapi itulah pengorbanan yang perlu dilakukan bagi memutuskan rantaian pandemik COVID-19 dan #kitaharusmenang dalam perjuangan ini.

Ramadan cukup sinonim dengan bulan ‘mujahadah’ dan pengorbanan, melalui Ramadan Allah SWT menguji hambanya agar mereka berusaha melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu, teringin makan tetapi tidak boleh makan, dahaga tetapi tidak boleh minum bahkan pertuturan, penglihatan juga perlu dijaga. Imam al-Ghazali berkata: “Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada keinginan nafsunya sama ada dalam aspek zahir atau batin”.

Apabila berbicara berkaitan ujian, mujahadah dan pengorbanan lembaran kisah Talut dan Jalut bersama tenteranya boleh dijadikan sebagai pengajaran atau ‘ibrah’. Allah telah menguji tentera Talut dengan ujian yang memerlukan Talut dan tenteranya melakukan mujahadah dan pengorbanan. Allah berfirman yang bermaksud, “Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah dia (Talut): “Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya”. (al-Baqarah ayat 249)

Talut telah memerintahkan tenteranya untuk menyeberangi sungai dan sungai itulah satu daripada ujian yang memerlukan pengorbanan untuk menempuhinya. Tetapi malangnya, sebilangan besar tenteranya tidak mengendahkan arahan Talut supaya jangan minum air dari sungai tersebut. Sebahagian ulama menyebutkan daripada 80 ribu orang tentera Talut hanya 4 ribu orang sahaja yang tidak minum air di sungai tersebut. Walaupun dengan kuantiti tentera yang berkurangan Talut tetap meneruskan perjuangannya bersama tentera yang melepasi ujian dan rintangan tersebut. Allah berfirman lagi, “Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): “Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya”. Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: “Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar”. (al-Baqarah ayat 249)

Akhirnya, selepas mengharungi pelbagai ujian dan pengorbanan Talut dan tenteranya dikurniakan kemenangan oleh Allah dengan tumpasnya Jalut di tangan Nabi Daud. Biarpun Talut mara menentang dengan kuantiti yang kecil, tetapi kualiti tenteranya yang tahan diuji merupakan khazanah yang paling berharga.

UMNO dan BN telah melalui pelbagai ujian semenjak penubuhannya. Kita telah diuji sebagai pembangkang selama 22 bulan. Sepanjang tempoh tersebut kita telah melalui pelbagai mehnah dan tribulasi yang menyedarkan kita harga sebuah perjuangan, erti setiakawan dan nilai perjuangan.

Dalam tempoh tersebut juga, kita telah dikurniakan hikmat terbesar dengan terbentuknya Muafakat Nasional (MN) antara UMNO dan PAS yang membuka lembaran baharu politik tanah air. Melalui MN persefahaman dibentuk, diserasikan, diseimbangkan dan penyatuan dibina secara berperingkat-peringkat sehinggalah termeterainya Piagam Muafakat Nasional pada 14 September tahun lalu.

Ketika itu rakyat merasai dan melihat MN bukan sahaja persefahaman dan ta’awun siyasi antara UMNO dan PAS tetapi MN adalah medium penyelesaian terhadap permasalahan politik tanah air. Saya yakin Muafakat Nasional akan terus subur dan diperteguhkan kerana MN adalah agenda ummah yang melangkaui agenda kepartian dan kepentingan.

Ketika ini UMNO, BN dan MN sekali lagi diuji berada di dalam kerajaan dan menjadi sebahagian daripada kerajaan, setelah 22 bulan berada di luar kerajaan.

Saya menganggap ini adalah ujian yang berat yang perlu diharungi bersama dan memerlukan pengorbanan. Sama ada kita menganggap ini adalah peluang yang tidak boleh dipersiakan atau sebaliknya. Saya yakin ini merupakan takdir yang Allah berikan kepada kita dan pasti ada hikmah di sebaliknya.

Apakah kita mampu menempuhi ujian ini? Bersandarkan kepada pengalaman politik UMNO, BN dan MN mampu mengharunginya selagi kita ‘Menghayati Perjuangan Parti’ terus istiqomah, mujahadah, sabar dan teguh pendirian di landasan perjuangan melebihi kepentingan diri.

Sabar dan teguh pendirian juga antara faktor kemenangan Talut dan tenteranya sepertimana Allah berfirman, “Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami …….” (al-Baqarah ayat 250)

Semoga Ramadan tahun ini menjadikan kita lebih menghayati erti mujahadah, sabar dan pengorbanan bukan sahaja ketika menjalani ibadah puasa bahkan dalam perjuangan politik ini.

AHMAD ZAHID HAMIDI
#menghayatiperjuanganparti
#mujahadahdanpengorbanan
#kitajagakita
#secangkirkopi53

Ramadan: Lesson of sacrifices

THE Covid-19 pandemic has changed the Muslims observing the fasting month entirely. This year, Ramadan is celebrated under the new normal which is completely different from the previous year.No Ramadan bazaar, no Ramadan buffet. no ‘iftar jamaei’, tarawih congregation, ‘tadarus’ of the Holy Quran and ‘moreh’ at mosques and surau. May it doesn’t deter us from carrying out our duty in the fasting month.
In is undeniable how we missed the congregation tarawih prayers at the mosques and the glittering Ramadan bazaar which sells various delicacies like murtabak, popia, roasted chicken and drinks. However, this is the sacrifice that summons us in order to break the chain of the pandemic, that ‘wemustwin’ this war.
Ramadan is synonym with it ‘mujahadah’ and sacrifice. It is in Ramadan when Allah The Almighty tests his believers to refrain from their soul desire, barred from eating, drinking and to speak with candor. Imam al-Ghazali used to say: “Among our love for Allah is doing what he likes most, than fulfilling their soul and and inner urge and desire”.
When we talk about test, mujahadah and sacrifices, the story of Talut and Jalut and their army can be adopted as a good lesson or ‘ibrah’. Allah The Almighty tested Talut’s army that summoned Talut and his batalion to perform mujahadah or sacrifices.
Allah The Almighty said: “When Talut was together with his army, Talut said: Indeed Allah will tesu you with a river, and if any of you drink from it is not my men, and whoever refuse it are my loyal men, except for those who fill the water in their palm.” (al-Baqarah verse 249).
Talut has commanded his army to cross over the river which needed much sacrifice and willpower. However, some of the men disobeyed him not to drink from it.
Some ulama cited that from 80,000 army personnel, only 4,000 didn’t drink from the river. With a much reduced personnel, Talut continued led them to overcome the test and obstacle. Allah The Almighty said: “When Talut and his loyal men managed to cross the river, those who drank from it avowed: “We are not able to take on Jalut and his men today.” Then those who were convinced they will see Allah said: “As it happened so many times how a small number of men managed to overcome a bigger army with Allah permission; and that Allah is always with those who are patience”. (al-Baqarah verse 249)
Finally, after much pains, Allah gave victory to Talut and his men when Jalut is defeated by Daud as. Even though Talut was far inferior, they quality of his men was the biggest asset in the victory.
UMNO and BN have undergo many tests and obstacle since their inception. We were made Opposition for 22 month, under which we were harrowed and oppressed, the factors that made us more aware of the struggle, the meaning of camaraderieship and and unity.
Within that span of period, we were blessed with the biggest achievement when Muafakat Nasional (MN) is formed between UMNO and PAS. It was cultivated with proper approach which led to both parties inked the MN Charter on September 14 last year.
The people realised that MN is not only a political cooperation between UMNO and PAS but as the best outlet to the domestic political woes. I am confident that Mufakat Nasional will thrive and fortified for the betterment of the massed.
UMNO, BN and MN are once again tested when they took part in the new government, only 22 months as the Opposition.
I personally see this as a hefty responsibility which needs togetherness in expediting the duty. As to whether we take it as an opportunity or not, I believe its written in the lines of our palms, there must be some blessing in it.
Will we get through it? Looking back at the political experience of UMNO, BN and MN, we should be able to as long as we adhere to the spirit of cooperation. We must continue with ‘istiqomah’, mujahadah and a solid unison platfrom rather than doing it on personal interest.
Bearing pains and trials are the factors in Talut’s victory, as Allah The Almighty said: “When they (the true believers) went out to face Jalut and his army, they prayed by saying: O Lord, do give us patience and unified stance…” (l-Baqarah verse 250)
May this Ramadan teach us the true meaning of sacrifices, not only during fasting but in our struggle for the nation.

AHMAD ZAHID HAMIDI
#menghayatiperjuanganparti
#mujahadahdanpengorbanan
#kitajagakita
#secangkirkopi53