BN Terus Sokong Muhyiddin Sebagai PM Ke-8 – Ahmad Zahid

KENYATAAN MEDIA BARISAN NASIONAL

Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah mengadakan mesyuaratnya pada petang ini.

Kini Barisan Nasional terdiri dari gabungan empat parti politik tanah air terdiri daripada UMNO, MCA, MIC dan PBRS.

BN adalah kelompok terbesar dengan 43 kerusi Parlimen yang telah memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Pagoh, YAB Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8 yang seterusnya membentuk Kabinet Kerajaan Malaysia yang baru yang kini dikenali sebagai Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada hari ini sebulat suara membuat ketetapan berikut:-

• BN terus memberi sokongan dan kepercayaan tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan Ahli Parlimen Pagoh, YAB Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-8.

• BN terus menyokong dan mendokong Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri.

• Berhubung pendaftaran PN secara formal sebagai sebuah parti seperti yang dicadangkan, BN berpandangan BN perlu melalui proses tertentu dalam parti komponen masing-masing.

• Sekiranya terdapat usul tidak percaya di Parlimen, ketetapan dibuat supaya semua Ahli Parlimen BN akan mengundi secara en-bloc, menyokong Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

DATO’ SERI DR AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
PENGERUSI BARISAN NASIONAL
12 MEI, 2020

Zahid: BN to continue supporting Muhyiddin as 8th PM

BARISAN NASIONAL MEDIA STATEMENT

BARISAN Nasional Supreme Council concludes its meeting this evening. It is now comprised of four parties namely UMNO, MCA, MIC and PBRS.

BN is the largest political pact with 43 Parliamentarians that show support for Pagoh MP Tan Sri Muhyiddin Yassin to be appointed as the 8th Prime Minister and name his Cabinet lineup under the newly-named Perikatan Nasional (PN) government.

The meeting today unanimously endorsed:

  • BN to continue its undivided support for Tan Sri Muhyiddin Yassin as the 8th Prime Minister.
  • BN supports the Perikatan Nasional government led by Muhyiddin.
  • On PN’s formal registration as a party, BN decided that it needed more time to get a consensus among its component parties on related matters.
  • Should the vote of no confidence is brought to the Parliament, all BN Members of Parliament will cast an en-bloc support for Muhyiddin.

 

DATO’ SERI DR AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
CHAIRMAN, BARISAN NASIONAL
12 MEI, 2020