COVID-19: Amanah Ikhtiar Patut Laksanakan Aspirasi Kerajaan Bantu Rakyat

SETELAH lebih 2 bulan pelaksanaan PKP bermula yang kini di peringkat PKP-B, rakyat terbanyak sedang bangkit semula daripada kesan ekonomi terutamanya peniaga-peniaga kecil yang terjejas teruk, tidak boleh berniaga sepanjang tempoh PKP yang lalu.

Langkah kerajaan yang pro-aktif memperkenalkan polisi ‘moratorium pinjaman’ di hampir semua sektor telah dilaksanakan oleh bank-bank, koperasi-koperasi, dan agensi-agensi seperti TEKUN, PUNB, MARA, PTPTN, PTPK, syarikat-syarikat Kredit Komuniti dan agensi-agensi lain.

Walaupun terdapat sedikit pertikaian tentang moratorium bayaran pinjaman bank baru-baru ini, tetapi isu tersebut telah diselesaikan dengan pantas dengan kerjasama yang baik antara bank-bank dan pihak kerajaan.

Jika kita perhatikan tulisan-tulisan rakyat terbanyak di media sosial, sememangnya pelaksanaan polisi ‘moratorium’ yang pro-rakyat ini diterima dengan sangat baik oleh segenap lapisan masyarakat terutamanya peniaga-peniaga kecil, ditambah lagi dengan BPN yang diberikan.

Cuma kita masih lagi mendengar banyak keluhan dan rintihan di media sosial berkenaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang boleh dilihat di ruangan-ruangan komen facebook https://www.facebook.com/AmanahIkhtiarMalaysia yang tidak melaksanakan moratorium sepenuhnya seperti agensi-agensi kerajaan yang lainnya.

Saya ingin meminta penjelasan berhubung perkara ini.

Semua sedia maklum bahawa peminjam-peminjam AIM adalah peniaga-peniaga INDUSTRI KECIL yang sangat terjejas sepanjang tempoh PKP. Ramai yang telah tidak berniaga dan hilang punca pendapatan. Di saat mereka ingin bangkit semula, mereka dibebankan dengan bayaran balik pinjaman tanpa moratorium.

Sebagai penjelasan, walaupun pelaksanaan PKP tidak sampai 2 bulan, tetapi moratorium diberikan selama 6 bulan supaya rakyat mempunyai cukup masa untuk bangkit semula daripada kesusahan yang dialami terutamanya peniaga-peniaga kecil.

Seperti yang saya nyatakan dalam status FB sebelum ini, agensi-agensi serta syarikat kerajaan perlu sentiasa seiring dengan wacana dan aspirasi kerajaan, kerana itulah lantikan politik di dalam GLCs, GLICs dan agensi-agensi kerajaan dibuat supaya pelaksanaan dasar kerajaan dapat dipantau.

Saya mohon AIM untuk mengambil perhatian berkenaan isu ‘moratorium pinjaman’ ini dengan segera kerana ianya melibatkan ratusan ribu peniaga kecil yang meminjam dan terkesan oleh krisis Covid-19 ini.

Laman web AIM menunjukkan bahawa AIM masih mengekalkan hampir semua Ahli-ahli Lembaga mereka walaupun kerajaan PN telah mengambilalih pemerintahan. https://www.aim.gov.my/ahli-lembaga/

AIM sepatutnya lebih peka dan bergerak seiring dengan polisi terkini kerajaan sekarang yang prihatin terhadap rakyat.

Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Presiden UMNO

COVID-19: Amanah Ikhtiar must comply with policy

AFTER more than two months of the Movement Control Order (MCO) which now enters its conditional stage, the people are fighting tooth and nail to avoid the adverse economy impact on them, notably the petty traders who were not allowed to open shop during the period.

The government pro-active measures in introducing the ‘loan moratorium’ for all sectors were implemented by banks, cooperatives and other agencies such as TEKUN, PUNB, MARA, PTPTN, PTPK and credit companies. Although there are some complaints over the loan servicing moratorium recently, it was resolved quickly between the banks and the government.

Reading comments by netizen on the social media, the moratorium was commended by all sectors of the community, above all the BPN was issued.

However, we still receive complaints how some of then moan loans issued by Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) in Facebook postings https://www.facebook.com/AmanahIkhtiarMalaysia which did not follow the moratorium as obliged by other government agencies.

I would like to seek an explanation on this matter.

We understand that those taking loan from AIM are small-sized industry which was badly impacted by the MCO. Many did not open their business which led to the loss of income. At times when they wanted to rise again, they were burdened with the non-moratorium loan servicing issue.

Although the MCO did not reach a 2-month period, a six-month moratorium was given to enable the people to have ample time to rebuild their business and life again, especially the small traders.

As I have mentioned in a FB posting earlier, government’s agencies and companies must work in tandem with its aspiration, and that explains why political appointees was made in the GLCs, GLICs and agencies so that their compliance to the government policies can be monitored.

I, hereby urge AIM to give attention to the loan moratorium as soon as possible because it affects hundreds of thousand small and petty traders who were really down during the Covid-19 pandemic.

AIM official website indicates that it still retain almost all members in the Board of Directors although PN government has took over. http://www.aim.gov.my/ahli-lembaga/

Amanah Ikhtiar should be more sensitive of the matter and work in line with the present government policies which is more people-centric.

 

DATO’ SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI
UMNO President