Tuduhan Rompak Wang GST: Heret Semula Guan Eng Ke Jawatankuasa Hak & Kebebasan Parlimen

SAYA terbaca tweet Ahli Parlimen Subang, Wong Chen yang mengakui bahawa Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mendapati tiada rompakan ke atas wang bayaran balik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) seperti yang didakwa bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Ini bukanlah perkara baru memandangkan laporan PAC tersebut telah dikeluarkan pada Julai tahun lalu. Laporan PAC ini jugalah yang mendorong Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) membawakan usul agar Lim Guan Eng dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Rakyat kerana telah berbohong di dalam Dewan Rakyat.

Namun usul ini telah ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat ketika itu.

Tetapi yang menjadi persoalan adalah kenapa pada waktu usul tersebut dibawa, Wong Chen serta ahli-ahli PAC dari Pakatan Harapan (PH) ketika itu tidak bersetuju dengan usul tersebut atau tidak membantah keputusan Speaker?

PH sebelum ini sering melaungkan transparensi dan kejujuran serta kononnya mahu mengangkat martabat Parlimen.

Tetapi jelas sekali pada waktu tersebut, Wong Chen dan Ahli Parlimen PH telah mengetepikan prinsip dan terus membiarkan Lim Guan Eng berbohong di dalam Dewan Rakyat.

Malah lebih teruk, masih mempertahan dan menyokong pembohongan berterusan dari Lim Guan Eng walaupun laporan PAC telah menyatakan perkara sebaliknya.

Bagi memastikan Dewan Rakyat dijaga kemuliaannya, wajar sekiranya usul agar Lim Guan Eng dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dibawa semula untuk pertimbangan Speaker dan Ahli dewan apabila sidang bersambung Julai nanti.

Dan sekiranya ada usul itu nanti, rakyat boleh menilai sama ada Wong Chen dan Ahli Parlimen PH memilih untuk mengembalikan kemulian Dewan atau membiarkan pembohongan itu kekal sebagai sejarah hasil pentadbiran 22 bulan PH.

Shahril Hamdan
Ketua Penerangan UMNO Malaysia

GST money: Guan Eng must face Parliamentary Special Committee

I READ Subang Member of Parliament Wong Chen’s tweet which confirmed that the Public Account Committee (PAC) did not find any irregularity that refunds from the General Sales Tax (GST) was swindled as claimed by former Finance Minister Lim Guan Eng.

This is nothing new as PAC report was produced in July last year. The report prompted Barisan Nasional (BN) Members of Parliament to push a motion for Guan Eng to face the Parliamentary Rights and Privilege Committee for lying in the Dewan Rakyat.

The motion, however, was rejected by the then Dewan Rakyat Speaker.

What’s intriguing is when the motion was raised up, Wong Chen and other PAC members from Pakatan Rakyat did not agree to it nor did they object to Speaker’s decision? PH at that time was loudly avowing for transparency and honestly which was purportedly to uplift the Parliament integrity.

However, it was clear that during that time Wong Chen and PH Parliamentarians had betrayed their principle and let Guan Eng to lie in the Dewan Rakyat. Worst still, they defended Guan Eng’s lie even though the PAC report stated otherwise.

To ensure the Dewan Rakyat integrity is observed, it is reasonable for motion to bring Guan Eng before the Rights and Privilege Committee resumes this July.

The motion should able the people to justify as to whether Wong Chen and other PH Members of Parliament chose to uphold the Dewan Rakyat integrity or letting lie to dominate their 22-month administration.

Shahril Hamdan
UMNO Information Chief