Pembukaan Semula Sesi Persekolahan, KPM Perlu Segera Cari Solusi – Zahid

BEBERAPA hari yang lalu, telah tular di aplikasi WhatsApp dan media sosial takwim sesi persekolahan. Antara kandungan takwim tersebut menyatakan sekolah menengah akan mula dibuka mulai Jun ini, sekolah rendah (Julai), manakala pendidikan khas, prasekolah dan tadika direhatkan hingga Disember depan.

Penularan takwim tersebut telah menimbulkan keresahan di kalangan netizen khususnya para ibu bapa. Penafian pantas Kementerian Pendidikan (KPM) tentang kesahihan berita tersebut dengan memaklumkan sebarang maklumat berkenaan takwim pembukaan semula sekolah hanya akan dibuat melalui medium rasmi kementerian telah melegakan netizen khususnya ibu bapa.

Kerajaan tidak boleh memandang enteng isu ini, Kementerian Pendidikan Malaysia perlu segera mencari solusi terbaik bagi merungkai isu pembukaan semula sesi persekolahan bagi memudahkan ibu bapa membuat perancangan awal sebelum sesi bermula.

Bagi ibu bapa yang telah kembali bekerja semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) juga berhadapan masalah menghantar dan menempatkan anak-anak di tadika dan taska kerana tadika dan taska tidak beroperasi. Hinggakan ada ibu bapa yang terpaksa mengambil risiko membawa anak ke tempat kerja kerana sudah tiada pilihan lain.

Kerajaan perlu segera mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi memungkinkan tadika dan taska dapat beroperasi kerana kedua-duanya merupakan kemudahan sokongan kepada ibu bapa yang bekerja.

Perhatian serius juga perlu diberikan berkaitan dengan isu pembayaran yuran di tadika dan taska swasta yang masih perlu dibayar oleh ibu bapa walaupun sudah hampir tiga bulan anak-anak mereka tidak dihantar ke tadika dan taska. Walaupun ada sesetengah tadika dan taska yang memberikan diskaun tetapi tiada sebarang garis panduan khusus atau ketetapan perlu dipatuhi, ianya hanya bergantung kepada budi bicara pihak pentadbiran dan ibu bapa sahaja.

Kerajaan mungkin boleh mempertimbangkan insentif khas bagi membantu pengusaha tadika dan taska swasta mengurangkan beban yang ditanggung kerana mereka masih perlu membayar gaji kakitangan, sewa bangunan dan pembayaran bil-bil utiliti walaupun tadika dan taska tidak beroperasi.

Semoga segala usaha dan penat lelah kita semua terutama barisan hadapan negara dipermudahkan dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Presiden UMNO

Re-opening of school session: KPM must find solution fast

THE social media, especially the Whatsapp application was having polemic about the schooling session lately. Among which is the possibility of secondary schools to be re-opened in June, primary in July while special education and kindergarten will observe further shutdown until December.

It has confused parents among netizens, notably parents. However, a quick rebuttal by the Education Ministry over the authenticity of it by saying any information on school re-opening will come from it’s officials channel, has somehow relieved them.

The government must not treat this issue lightly. The Education Ministry must find fast solution to resume schooling session to enable parents make necessary preparations.

Parents who have come back to work during the Conditional Movement Control Order (CMCO) are also faced with problems of sending and find suitable place to relocate their kids in Taska and Tadika since they are not operational. Some parents too have to bring their children to workplace for not having any option.

The government must come up with a Standard Operation Procedure (SOP) to allow those kindergartens resume operations because they provide good support for working parents.

A serious attention must also be given to the fees since parents still have to settle it even though their kids were on holiday since the last three months. Although some kindergartens do give some discounts but no specific guidelines bind it as it is up to the discretion of the management and parents only.

Maybe the government can consider a special incentive for these private kindergarten operators to lessen their hardship as they still have to pay wages to their staff, rental and other bills over the non-operational period.

May Allah The Almighty bless our effort and sacrifices, especially our frontliners.

Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
UMNO President