Membendung Kemaslahatan Diutamakan Daripada Menarik Kemaslahatan

SAYA menerima banyak keluhan dari teman-teman kerana tidak dapat menunaikan solat berjemaah termasuk solat Jumaat di rumah-rumah Allah semenjak PKP dilaksanakan di negara ini pada 18.3.2020 yang lalu.

Walaupun kini, sebahagian masjid sudah diberikan kelonggaran untuk menunaikan solat berjemaah tetapi jumlah yang dibenarkan tidak melebihi 30 orang.

Ditambah kini, difahamkan pihak berkuasa Masjid Nabawi di Madinah Al-Munawwarah telah membenarkan solat berjemaah dengan menjaga S.O.P yang ketat.

Ini menjadikan kerinduan kebanyakan mereka kepada rumah-rumah Allah makin bertambah. Saya sendiri pun begitu juga, rindu betul nak ke masjid untuk solat berjemaah dan mengimarahkannya.

Apapun, kita kena akur dengan ketetapan yang dibuat oleh pihak kerajaan dan pihak berkuasa setiap negeri yang menjadikan faktor keselamatan dan kesihatan rakyat lebih penting dan wajib berbanding perkara-perkara yang sunat. Ini selaras dengan beberapa kaedah Fiqh yang berbunyi :-

1. “Bahaya mesti dihapuskan”

الضرر يزال

2. “Membendung kemaslahatan diutamakan daripada menarik kemaslahatan”

درء المفاسدمقدم على جلب المصالح

3. “Apa sahaja yang memudaratkan kaum Muslimin wajib dihindarkan terhadap mereka”

كل ما اضر بلمسلمين وجب ان ينفى عنهم

Yang penting, kita teruskan solat berjemaah dengan keluarga di rumah. Jangan putus asa memohon ke hadrat ilahi dengan bersungguh-sungguh agar wabak Covid-19 ini hilangkan dari muka bumi ini dengan segera.

Insy-Allah, dengan izin Allah SWT, kita semua pasti akan dapat melepaskan kerinduan kita kepada rumah-rumah Allah tidak lama lagi.

Di waktu itu, pastikan kita jangan sesekali tinggalkan solat berjemaah dan amalan mengimarahkan rumah-rumah Allah.

#Kitabangkitbersama
#AkhiratdiDepan

Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Presiden UMNO