PENJANA, Usaha Kerajaan Dan Rakyat Perlu Seiring

Negara telah memasuki fasa pemulihan COVID-19, setelah hampir 3 bulan kita menjalani kehidupan di fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Alhamdulillah, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula 10 Jun hingga 31 Ogos 2020 telah melegakan rakyat dengan kelonggaran dan kebenaran beroperasi hampir semua sektor pendidikan, ekonomi dan sosial.

Fasa ini juga akan menjadi ukuran bagaimana penstrukturan dan pengemblengan semula ekosistem ekonomi mampu dilaksanakan melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang telah diumumkan kerajaan Jumaat lalu. PENJANA adalah ‘exit strategy’ jangka pendek bagi merancakkan dan memulihkan ekonomi negara secara berperingkat-peringkat.

Bagi saya apa yang penting PENJANA adalah bersifat ‘people centric’ dan mampu mencapai objektifnya jika pelaksanaan dan agihannya dilakukan seperti yang dirancang tanpa karenah birokrasi.

Secara umum, 40 inisiatif yang bernilai RM35 bilion di bawah PENJANA merupakan peluang yang perlu dimanfaatkan oleh rakyat dan pemain industri bagi memulihkan kegiatan ekonomi negara.

Kita perlu sedar bahawa memulihkan ekonomi pasca COVID-19 bukannya sesuatu yang boleh berlaku dalam jangka masa yang singkat. Norma baharu kehidupan juga berkaitan dengan norma baharu sektor ekonomi.

Penerokaan peluang baharu, sumber tenaga berkemahiran dan berteknologi khususnya dalam e-dagang adalah norma baharu dalam sektor ekonomi dan ia adalah keperluan bukan lagi pilihan.

Rakyat dan negara perlu bersedia menghadapi segala kemungkinan akibat kemelesatan ekonomi luar jangka sepertimana kenyataan yang dikeluarkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) “ekonomi global mungkin akan mengalami kemelesetan paling teruk sejak zaman kemelesetan pada tahun 1930-an, dan jauh lebih buruk daripada krisis kewangan global 2009”.

Negara kita juga tidak terkecuali berhadapan dengan kemelesatan ekonomi. Bank Negara Malaysia (BNM) mengunjur ekonomi Malaysia akan berkembang pada kadar antara -2.0 peratus hingga 0.5 peratus pada tahun ini.

Tidak dinafikan ramai di kalangan rakyat sedang bergelut menguruskan kewangan sehingga memberi impak kepada kesejahteraan ekonomi diri dan keluarga.

Hasil kajian secara dalam talian (pusingan 1) Jabatan Perangkaan Malaysia untuk menilai kesan COVID-19 kepada ekonomi dan individu bagi tempoh antara 18 hingga 31 Mac lalu, yang membabitkan sejumlah 168,182 responden berusia 15 tahun dan ke atas mendapati sebanyak 71.4 peratus responden yang bekerja sendiri mempunyai simpanan yang hanya mencukupi untuk tempoh kurang daripada sebulan.

Manakala 82.7 peratus responden kalangan pekerja swasta didapati mempunyai simpanan kewangan yang mencukupi untuk tempoh dua bulan.

Dapatan ini jelas menunjukkan PENJANA mampu menjadi solusi jangka pendek rakyat khususnya majikan dan pemain-pemain industri kecil dan sederhana (SME) yang diselubungi kegelisahan dan kebimbangan melampau (anxiety) kerana tekanan kewangan (financial stress) akibat kemorosotan hasil jualan, kehilangan punca pendapatan dan kos operasi melebihi pendapatan.

Inisiatif yang dibuat melalui PENJANA juga bertepatan dengan konsep ekonomi Islam dan Maqasid yang menekankan empat intipati penting bagi menjaga kemaslahatan manusia dan rakyat iaitu:

Jalb al-Masalih : Mencapai kepentingan di dalam kehidupan.

Dar Al- Mafasid : Menolak kerosakan yang bakal timbul dalam masyarakat.

Sadd al-Dharar : Menyekat kepentingan buruk.

Taghayyur al-Zaman : Mementingkan faktor peredaran zaman.

Di samping PENJANA, tindak balas dan kerangka pemikiran individu, kelompok dan rakyat kepada perubahan persekitaran akibat pandemik COVID-19 juga penting bagi memastikan kebimbangan melampau dan tekanan kewangan dapat diatasi.

Menurut Profesor Dr Carol S. Dweck, pakar perunding psikologi di Universiti Stanford, Amerika Syarikat dalam bukunya Mindset, “terdapat dua kerangka pemikiran yang menentukan pola dan corak persepsi manusia semasa berinteraksi dengan persekitarannya. Pertama kerangka pemikiran jumud, tertutup dan terbelenggu (fixed mindset) manakala yang kedua adalah kerangka pemikiran dinamik, bercambah dan berkembang (growth mindset)”

Kerangka pemikiran jumud (fixed mindset) menganggap perubahan dan norma baharu akibat pandemik COVID-19 sebagai satu bencana, musibah dan kemelut yang menyebabkan kemelesetan ekonomi serta menghancurkan kehidupan rutin mereka. Manakala pemikiran dinamik (growth mindset) pula melihat perubahan akibat pandemik sebagai satu ruang dan peluang mereka melakukan penambahbaikan menuju ke arah kehidupan lebih sempurna disesuaikan dengan norma baharu dan keperluan.

Persepsi yang berlawanan ini terhasil daripada kerangka pemikiran yang berbeza bergantung kepada tahap penerimaan seseorang terhadap pandemik COVID-19 dan kemelesetan ekonomi negara dan dunia. Bagi memastikan usaha kerajaan memulihkan ekonomi jangka pendek negara berjaya melalui PENJANA, kerangka pemikiran rakyat juga perlu seiring dengan usaha ini.

Saya menyarankan kepada kementerian dan agensi yang berkaitan memperbanyakkan program dan sesi penerangan berkaitan PENJANA melalui media elektronik dan bersemuka seperti turun kelapangan bertemu dengan pemain-pemain industri kecil dan sederhana memberikan khidmat nasihat berkaitan pengurusan kewangan, perniagaan dan motivasi. Bukanlah sesuatu yang mudah untuk “membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul”, tetapi dia bukanlah sesuatu yang mustahil.

AHMAD ZAHID HAMIDI
#menghayatiperjuanganparti
#penjanasatusolusi
#kitajagakita

PENJANA: Government and the people must stick together

THE country has entered the recovery phase of COVID-19 after nearly 3 months spending our lives in the phase of the Movement Control Order (MCO) and the Conditional MCO. Thankfully, the restoration movement beginning June 10 to August 31 has relieved the people of their freedom and permissiveness of operating in almost all sectors, including education and economic.
This phase will also be a measure of how the restructuring of the economic ecosystem can be implemented through the National Economic Restructuring Plan (PENJANA) announced by the government last Friday. Its achievement is a short-term exit strategy to accelerate and revitalize the country’s economy in stages.
For me, what is important is how PENJANA can be ‘people centric’ and able to achieve its objectives in helping out the people without bureaucracy. In general, 40 initiatives worth RM35 billion under PENJANA is an opportunity for the people and industry players to leverage on the economic recovery.
We need to realize that recovering the post-COVID-19 economy is not something that can happen in the short term. New norms of life are also related to the new norms of the economic sector. The exploration of new opportunities, skilled and technologically sound resources in e-commerce is a new norm in the economic sector and it is a necessity, no longer an option.
People and countries need to be prepared to face any possible consequences of the recent economic downturn, according to a statement issued by the International Monetary Fund (IMF). “The global economy may have experienced the worst recession since the recession in the 1930s, and far worse than the global financial crisis in 2009 ”.
Our country is also no exception to the economic downturn. Bank Negara Malaysia (BNM) expects the Malaysian economy to grow at between -2.0 per cent and 0.5 per cent this year. There is no denying that many of the people are struggling to manage their finances, which has an impact on their personal and family well-being.
The results of an online survey (round 1) of the Department of Statistics to evaluate the effect of COVID-19 on the economy and individuals for the period between March 18 and 31, involving a total of 168,182 respondents aged 15 years and above found that 71.4 per cent of them were self-employed and enough savings for less than a month.
Meanwhile, 82.7 per cent of the respondents among the private workers were found to have sufficient financial savings over the two months.
This finding clearly shows that PRACTICE can be a short-term solution for people, especially employers and small and medium-sized enterprises (SMEs) covered by anxiety due to financial stress over declining sales revenue, loss of income and cost surplus operations.
The initiative made through PENJANA is also in line with the concept of Islamic economy and Maqasid which emphasizes the four essential essence of safeguarding human and people’s well-being:
Jalb al-Masalih: Achieving importance in life.
Dar Al-Mafasid: Resist the damage that will befall society.
Sadd al-Dharar: Blocking the interests of evil.
Tagayayur al-Zaman: Focuses on the factors of circulation.
In addition, the response and frame of mind of individuals, groups and people to the environmental changes caused by the COVID-19 pandemic are also important in ensuring extreme anxiety and financial stress can be overcome.
According to Professor Dr Carol S. Dweck, a psychologist at Stanford University in the United States in her book Mindset, “there are two conceptual frameworks that determine the patterns and patterns of human perception when interacting with their environment. The first is a fixed, enclosed and fixed mindset (while the second is a dynamic, sprouting and growth mindset) ”
The fixed mindset considers the changes and new norms of COVID-19 pandemic as a catastrophe and turmoil that had led to the economic recession and the destruction of their routine lives. Meanwhile, the growth mindset sees the change in the pandemic as a space and their opportunities for improvement towards a better life are adapted to new norms and needs.
These opposing perceptions come from different perspectives, depending on the level of acceptance of the COVID-19 pandemic and the economic and national recession. In order to ensure that the government’s efforts to restore the country’s short-term economy succeed through PENJANA, the people’s thinking framework must also be in line with this effort.
I would recommend to relevant ministries and agencies to expand their programs and informational sessions on E-commerce through electronic and face-to-face media, such as regularly meeting small and medium-sized industry players providing advice on financial management, business and motivation. It is not an easy thing to “fix things and get things right”, but it is not impossible.
AHMAD ZAHID HAMIDI
UMNO President