Serlahkan Nilai Patriotisme Sempena Hari Kemerdekaan Ke-63

KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak rakkyat Malaysia serlahkan nilai-nilai patriotisme untuk Malaysia dalam norma baharu sempena Hari Kemerdekaan Negara kali ke-63.

Katanya, kemerdekaan yang kita miliki ini terhasil dari tumpahan keringat, darah dan air mata setiap pejuang yang terdahulu.

“Dalam mengisi kemerdekaan ini, seharusnya kita pertahankan kedaulatan negara berpaksikan prinsip Rukun Negara di samping membentuk warga yang cintakan keamanan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata demikian dalam kenyataan pendek sempena tarikh 31 Ogos iaitu Hari Kemerdekaan negara melalui laman Facebooknya hari ini. – UMNO Online

Show your patriotism on Independence Day: Zahid

KUALA LUMPUR, August 31 – Barisan Nasional (BN) Chairman and Umno President Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi called on all Malaysians to demonstrate the values ​​of patriotism for Malaysia in the new norm in conjunction with the 63rd Independence Day.
He said, the independence we have is the result of the sweat, blood and tears of each and every previous fighter.
“In fulfilling this independence, we should defend the country’s sovereignty based on the principles of Rukun Negara as well as forming citizens who love peace,” he said.
He who is also the Member of Parliament for Bagan Datuk said this in a short statement in conjunction with Hari Merdeka in his Facebook page today. –  UMNO Online