PRN Sabah: UMNO Tawar Muka Baharu, Dengar Suara Akar Umbi

KUALA LUMPUR, 11 Sept. – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menganggap pengumuman calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah menunjukkan bahawa parti mendengar pandangan daripada akar umbi.

Katanya walaupun dengan calon-calon baharu yang diumumkan, namun mereka adalah ‘orang lama’ yang aktif dan berkhidmat di bahagian.

“Muka baru kerana kali pertama dicalonkan tetapi orang lama… calon muka baru tetapi adalah orang lama di bahagian, bukan orang baru yang tak pernah nampak di bahagian.

“Ini bukan muka baru dalam keadaan ‘payung terjun’ pun… tak ada. Kita tidak ada ‘payung terjun’ tapi calon yang kita ketengahkan adalah calon tempatan yang boleh menang, jadi walaupun kali pertama bertanding tapi adalah orang lama di bahagian dan sudah lama berbakti di kawasan itu,” katanya.

Jelas beliau, UMNO memilih calon yang boleh menang, yang dikenali di kawasan, yang mudah untuk kita bawa ke pelbagai tempat yang jauh terutama di kawasan pedalaman.

“Ini kerana muka bumi Sabah tidak sama dengan Semenanjung, kawasan cukup luas misalnya Kinabatangan sendiri seluas negeri Pahang. Bayangkan ada tiga DUN di Kinabatangan, maknanya negeri Sabah dibahagi tiga.

“Jadi memerlukan mereka yang mempunyai tenaga, mereka yang dikenali, mereka yang boleh menang, yang tidak pulang hanya ketika mahu bertanding tapi mereka yang boleh melaksanakan tugas-tugas.”

Tegasnya, UMNO mahu calon-calon yang boleh memberikan kemenangan kepada BN.

“Ada 32 calon UMNO dan saya telah berpesan kepada 32 calon itu agar bertemu dengan seberapa banyak pengundi. Semua calon perlu menemui seberapa ramai pengundi, siang malam subuh senja pagi petang, dalam masa 16 hari ini kita perlu bekerja menemui pengundi kerana pengundi tidak mahu melihat wakil maka perlu dikenali.

“Kalau boleh 100 peratus dari pengundi ditemui kerana kita lihat pada tujuh PRK sebelum ini, calon-calon menang dengan banyak sekali adalah melalui cara menemui pengundi,” katanya lagi yang juga Ahli Parlimen Pontian.

Umno sets more newcomers, listens to grassroots

KUALA LUMPUR, 11 Sept. – UMNO Secretary General Datuk Seri Ahmad Maslan said list of candidates for Sabah state election shows that the party listens to the views of the grassroots.
He said even though many are new candidates, ‘seniors’ with good track records also made the cut.
“New faces for being nominated for the first time but some are also old faces in the party but were never nominated.”

“They are new… there is not parachute candidates. We do not have a ‘parachute’ but the candidates are locals who can win, so even though it is the first time they are contesting, some are old faces in the division and have been serving in their respective areas for a long time, “he said.
He explained that UMNO chose winnable candidates who are popular in their divisions.
“This is because the terrain of Sabah is not similar to that in the Peninsula, such as Kinabatangan which is as large as the state of Pahang. Imagine there are three DUNs in Kinabatangan, as if Sabah is divided into three.
“So it needs those who are energetic, popular and winnable to contest in the election,” he added.
“There are 32 UMNO candidates and I have instructed them to visit as many voters they could. Meet them irrespective of day or night, dawn or dusk. We must work hard in these 16 days to woo voters,”