Soal Kedaulatan Dan Maruah Negara Jangan Dimain-Mainkan

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa soal kedaulatan dan maruah negara termasuk negeri Sabah merupakan perkara yang tidak boleh dimainkan.

‘’Jika ada pemimpin Sabah yang bersetuju bahawa jika salah seorang ahli parlimen daripada Filipina mengatakan Sabah adalah sebahagian daripada Filipina dan pemimpin daripada Sabah mengatakan ini boleh runding… ini soal bumi Sabah dan ini soal negara Malaysia. Mana boleh runding. Kita berjuang hingga ke titisan darah terakhir untuk mempertahankan Sabah.

‘’Kalau penceroboh pun kita sama-sama untuk berjuang mempertahankan bumi Sabah, Lahad Datu di Felda Sahabat, di Tanduo dan sebagainya lagi. Ini bukan soal provokasi… kita bukan mahu bergaduh kerana ini adalah bumi kita dan ini adalah negeri yang merdeka. Malaysia adalah negara yang merdeka dan perkara itu telah diselesaikan dengan Kesultanan Sulu yang dahulu. Ini soal maruah dan kedaulatan negara, jangan dimain-mainkan,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Tanjung Aru bersama calon BN, Mohd Reduan Aklee, di Kota Kinabalu, Selasa malam.

Turut bersama Ketua UMNO Putatan, Jeffery Mohamed serta pimpinan setempat yang lain.

Meneruskan ucapannya Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO sekali lagi menegaskan calon ketua menteri dibincangkan di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 26 September ini.

‘’Itu sebabnya Dewan Tertinggi BN memutuskan jangan bercakap soal siapa jadi ketua menteri… kita bagi menang dahulu… sudah menang sekurang-kurangnya 37 ADUN-ADUN yang menang, kita berunding di kalangan ADUN… masa itu barulah pilih jadi ketua menteri… tetapi ingat kerusi parti yang paling banyak paling banyak itulah yang paling layak menjadi ketua menteri. Kita tidak riak dan kita tidak takabbur.

‘’Rakyat jangan jadi bahan gadaian, rakyat ada maruah dan maruah tidak boleh dibeli wang ringgit… kerana itu kita mahu supaya agenda rakyat diberi keutamaan. Jangan main isu sensitif… BN ada PBRS… MCA… kita ada rakan-rakan yang lain seperti Bersatu termasuk parti-parti lain di dalam Perikatan Nasional (PN),’’ ujarnya lagi.

Don’t insult our sovereignty

BARISAN Nasional (BN) chairman Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi stressed that the question of sovereignty and dignity of the country, including the state of Sabah, is something that cannot be mocked at.
“If any Sabah leader agrees to the suggestion of Philippines’s parliamentarian that Sabah is part of the Philippines, it is not tolerable. Issues on Sabah cannot be negotiated… this is about Sabah and Malaysia. Not negotiable. We have fought to the last drop of blood to defend Sabah.
“Even if the invaders come together, we will fight to defend the land of Sabah as had been the case of Felda Sahabat and Tanduo in Lahad Datu. This is not only a matter of provocation… we do not want to fight because this is our land and this is an independent state. Malaysia is an independent country and the matter has been resolved with the former Sulu Sultanate. This is a matter of dignity and sovereignty of the country, do not play it around, ” he said.
He said this while speaking at a Friendly Ceremony at the Tanjung Aru Voting District Center (PDM) with BN candidate Mohd Reduan Aklee, in Kota Kinabalu, Tuesday night.
Also present were Putatan UMNO chief Jeffery Mohamed and other local leaders.
In his speech, Zahid who is also UMNO President said the candidate for chief minister will be discussed among the State Assemblymen (ADUN) who won the Sabah State Election (PRN) on September 26.
“That is why the BN Supreme Council decided not to talk about who will be the chief minister… we have to win first… has must win at least 37 state seats… we will discuss among the assemblymen … then choose the chief minister… but remember the party with most seat deserves to be the chief minister. We are not ripples and we are not arrogant.
“People should not be mortgaged, the people have dignity and dignity cannot be bought with money… because of that we want the people’s agenda to be given priority. Do not toy around with sensitive issues… BN has PBRS… MCA… we have other friends like Bersatu including other parties in the Perikatan Nasional,” he added.