PRN Sabah Jadi Tumpuan, BN Teruskan Kempen Yakinkan Pengundi Ubah Balik

TINGGAL beberapa hari sahaja lagi tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sebelum tibanya pengundian pada Sabtu ini yang sudah pasti bukan sahaja rakyat di Sabah malahan di seluruh negara tertumpu kepada negeri di bawah bayu itu.

Menariknya pertembungan antara parti-parti yang bertanding termasuk Barisan Nasional (BN) dan rakan gabungan rakyat yang lain menjadi pertimbangan kepada pengundi untuk membuat pilihan tepat parti manakah yang akan menerajui negeri nanti.

Sehingga kini pelbagai pemimpin parti politik termasuklah Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta pimpinan yang lain turun padang membantu jentera BN Sabah yang diketuai Pengerusinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Pelbagai isu tempatan dibangkitkan sebagai contoh kelemahan kerajaan negeri yang diterajui Warisan terutama dalam soal ekonomi dan pembelaan terhadap rakyat.

Perkara tersebut sebenarnya telah menyebabkan rakyat Sabah sendiri berada dalam posisi untuk ‘ubah balik’ setelah sebelum ini terpesona dengan ungkapan ‘Sabah ubah’.

‘’Kita lihat semangat di seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi BN luar biasa. Kerajaan negeri dengan slogan ubah sebelum ini telah menjadi sebaliknya. Apabila mereka ditakdirkan memerintah walaupun tidak menang PRU (Pilihan Raya Umum) namun janji ubah tidak berubah… yang berubah bukan kemajuan… kemiskinan… rakyat tidak diberi kesejahteraan. PH (Pakatan Harapan) dengan janji 100 hari tidak dapat laksanakan… Kerajaan PH kurang satu penggal dah jatuh… doa mereka yang dizalimi diangkat.

‘’Kita tidak mahu manifesto yang tidak dapat dilaksanakan… akujanji sebelum ini adalah akujanji yang boleh dilaksanakan 100 peratus…

“Kita lihat bagaimana Pan Borneo yang seharusnya ‘connectivity’ seluruh pekan di Sabah… apa jadi dan kenapa Pan Borneo dihentikan… ianya adalah untuk rakyat dan apabila adanya Pan Borneo kita boleh sampai ke tempat yang ditentukan tanpa ada bayaran tol… harga tanah akan naik, pekan akan maju dan sebagainya lagi. Insya-Allah jika BN menang Pan Borneo ini akan diteruskan dan begitu juga infrastruktur lain,’’ kata Ahmad Zahid.

Itu adalah antara ungkapan-ungkapan Pengerusi BN, yang sudah pasti cukup dekat dengan rakyat dan sewajarnya PRN Sabah ini membuka peluang serta ruang yang cukup luas untuk rakyat Sabah melakukan perubahan.

Tidak terhenti di situ, Ahmad Zahid yang telah meninjau ke segenap penjuru kawasan di Sabah turut menitipkan kata-kata semangat dan perangsang kepada seluruh jentera parti dalam usaha memastikan ianya terus utuh dan mencapai momentum yang tinggi sehingga ke hari pengundian 26 September ini.

‘’Gerakkan ‘Jalinan Rakyat’ dan pada masa sama kita ketepikan perbezaan di kalangan kita… yang penting ketepikan perbezaan pendapat di kalangan kita. Ya… kita meraikan pendapat dan itulah cantik dan indah dalam UMNO dan BN… apabila keputusan dibuat semua pihak menyokong calon yang ditentukan kepimpinan,’’ ujarnya ketika berkempen di Kudat.

Soal autonomi UMNO dan BN Sabah juga turut disentuh oleh Ahmad Zahid ketika berkempen di Kota Belud yang menjelaskan bahawa autonomi yang ada pada UMNO dan BN negeri itu mempunyai keistimewaan yang tersendiri iaitu tidak ada campur tangan pucuk pimpinan khususnya dalam soal pemilihan calon PRN Sabah.

Apa pun kunci utama kepada kejayaan pada PRN Sabah ini adalah soal kesatuan, muafakat dan juga perpaduan yang jitu dalam mendepani cabaran sepertimana kata-kata Ahmad Zahid sendiri bahawa untuk menang kesemua pihak harus bersatu dan yang penting penyatuan tindakan kerana seteru politik adalah Warisan.

State election: BN must convince Sabahans

A FEW more days to polling in Sabah state election this Saturday, definitely it will be a focus not only to this state but the whole nation.

Its interesting to weigh how Barisan Nasional and friends will gain support this time around, the choice of picking the right parti to form the state government.

Many political leaders including BN chairman Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi have gone to the ground in helping the campaign machinery led by Sabah BN chief Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Local issues notably the weakness on the Warisan government in uplifting the people’s economy was cited as the main reason as to why the people must ‘change back’ from the ‘Change Sabah’ slogan.

‘’We see that the spirit runs high and extraordinary at State Assembly constituencies contested by BN. The slogan has changed. Under their rule, the slogan ‘Change Sabah’ didn’t mean a thing as nothing improved… there was no progress but the people got poorer. PH (Pakatan Harapan) with their 100-day promise went to ashes… which led to their downfall after not even a term in power… the prayers of those who were oppressed was granted by God the Almighty.

‘’We don’t want a manifesto and promises that cannot be implemented.

“Just look at how the Pan Borneo highway meant to improve connectivity between all towns in Sabah was put to a halt… it is for the rakyat because when they travel between cities, it will be faster and without toll… the value of property will go up, there will bring progress to the people and cities all arouond. God Willing, if BN wins, the project will resume and so are other infrastructural projects,’ said Zahid.

That was among matters brought up by the BN chairman, and definitely it was an issue close to the people. Hence, the state election must act as a catalyst in effort to progress the state further.

Not only that. Zahid has been making rounds to most areas in Sabah in injecting zest to BN machinery workers prior to September 26 polling.

“Get the ‘Jalinan Rakyat’ approach going and put behind differences among us… most important is the difference of opinion among us. Yes… we embrace the indifferences because it has made Umno and BN so special and significant… that when a decision is arrived at, it gets uninamous support from all,” he said in Kudat.

Zahid also touched on the autonomy accorded to Sabah BN and Umno, that it provides special provisions to the state’s leaders in many things, especially in naming candidates for the election.

Whatever it is, the key to BN victory is unity among all components and their concerted effort in facing the Warisan government.