Terjemahkan Pembentukan Kerajaan Baharu Atas Semangat Gabungan Rakyat

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merafakkan kesyukuran atas kemenangan yang diperolehi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 bersama rakan-rakan Gabungan Rakyat sabah (GRS) yang lain.

Menurut beliau penghargaan dan terima kasih kepada pengundi yang telah memberikan kepercayaan semula kepada parti itu bersama rakan GRS yang lain selepas 27 bulan serta penghargaan kepada seluruh jentera parti yang bertungkus lumus membantu kemenangan pada PRN Sabah ke-16.

‘’Alhamdulillah saya merafakkan syukur kepada kehadrat Allah swt  kemenangan yang diperolehi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi di negeri Sabah yang sekali lagi selepas 27 bulan memberikan kepercayaan semula kepada BN dan rakan-rakan di dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi Sabah kembali gemilang dan menolak janji-janji yang tidak dapat ditunaikan sebelum ini.’’ Katanya menerusi sidang video.

Namun pada masa yang sama Ahmad Zahid turut menegaskan kemenangan itu bukan sahaja harus disyukuri malah diperlu diterjemahkan pembentukan kerajaan baharu atas semangat gabungan rakyat.

‘’Namun kita merasakan bahawa kemenangan ini adalah satu kemenangan yang bukan hanya harus disyukuri tetapi kita mesti menterjemahkan pembentukan sebuah kerajaan negeri yang baharu atas semangat gabungan rakyat Sabah. Kita juga ada rakan-rakan lain di dalam GRS iaitu Bersatu, PBS dan STAR dan perundingan-perundingan bukan hanya harus dilakukan antara rakan-rakan di dalam GRS tetapi kita harus berlapang dada dan berfikiran terbuka demi kepentingan rakyat Sabah.

‘’Kali ini kita menterjemahkan sepenuhnya autonomi yang diberikan kepada UMNO dan BN Sabah untuk mereka iaitu ADUN-ADUN yang telah dipilih untuk menentukan siapakah yang akan dipilih dan diperkenankan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua negeri Sabah bagi dipilih sebagai Ketua Menteri,’’ ujarnya.

Terdahulu Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah berjaya membentuk kerajaan negeri dan Warisan Plus tumbang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah hari ini.

Serentak itu kata beliau Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada BN, Perikatan Nasional dan PBS akan menubuhkan kerajaan negeri.

The new GRS government must deliver

BARISAN Nasional (BN) chairman Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi expressed his gratitude for the victory achieved in the 16th Sabah State Election along with other Gabungan Rakyat Sabah (GRS) partners.
He said, gratitude goes to the voters who have given their trust in GRS as well as appreciation to the entire party machinery who worked hard to secure the victory.
“Alhamdulillah, I express my gratitude to Allah swt for the victory. I would like to thank the voters in Sabah who once again after 27 months gave back their trust to BN and its partners in GRS for Sabah to return to glory and reject promises that could not be fulfilled before ,” he said in a video conference.
At the same time, however, Zahid also stressed that the victory should not only be appreciated but also need to be translated into the formation of a new government that take care of the rakyat.
“However, we feel that this victory is a victory that should not only be appreciated but we must translate the formation of a new state government in the spirit of the Sabah people’s coalition. We also have other partners in the GRS, namely Bersatu, PBS and STAR and the negotiations should not only be done between partners in GRS but we should be open-minded for the benefit of the people of Sabah.
“This time around we fully translate the autonomy given to UMNO and BN Sabah, namely the ADUNs who have been elected to determine who will be elected and approved by His Excellency the Yang di-Pertua of Sabah to be elected as Chief Minister,” he said. he said.
Earlier, Sabah BN chairman Datuk Seri Bung Moktar Radin said the GRS had succeeded in forming the state government and Warisan Plushas collapsed.
At the same time, he said the GRS which consists of BN, Perikatan Nasional and PBS will form the state government.