Penangguhan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Seluruh Negara

PRESIDEN UMNO YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan saya agar memaklumkan bahawa semua Mesyuarat/Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda, Puteri dan Bahagian mestilah ditangguhkan serta-merta.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga berpandangan yang sama.

Ini disebabkan kes COVID-19 yang mencecah kepada 260 pada hari ini, kedua tertinggi sejak penularan.

Kita tidak boleh mengambil risiko dan kita tidak mahu UMNO dipersalahkan.

Penangguhan ini adalah sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Arahan ini mestilah dipatuhi.

Terima kasih atas kerjasama semua pihak. Keselamatan rakyat adalah tanggungjawab kita bersama.

Datuk Seri Ahmad Maslan
Setiausaha Agong UMNO
1 Oktober 2020

Postponement of all divisional meetings

THE President Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi has instructed me to inform the postponement of all delegate divisional meetings of the Wanita, Pemuda and Puteri with immediate effect.

This view was shared by the Senior Minister (Security) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

This is in light of the increase in COVID-19 infection cases to 260 over the last two days, which was the second highest since it’s detection.

We cannot take any risk or to be blamed later.

The postponement is indefinitely and must be abided by all. A new date will be announced.

Thank you to all. The people’s safety is our responsibility.

Datuk Seri Ahmad Maslan
Secretary-General, UMNO
1 Oktober 2020