UMNO Minta Bank Bantu Rakyat Terkesan Akibat COVID-19

UMNO meminta kerajaan mempertimbangkan lanjutan moratorium automatik bermula Oktober 2020 sehingga Disember 2020 bagi membantu rakyat yang menghadapi gelombang kedua pandemik Covid-19.

Demikian tegas Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan hari ini berkaitan penularan COVID-19 yang bertambah.

Katanya, UMNO menyarankan kerajaan memberi arahan kepada bank-bank untuk memberhentikan prosiding lelongan dan pengisytiharan muflis sebagaimana biasa apabila ada rakyat yang tidak mampu membayar pinjaman selepas tempoh moratorium tamat kerana tiada kerja, tiada pendapatan dan alasan tulen yang lain.

“Prosiding lelongan dan prosiding lain terhadap peminjam hanya boleh dibuat selepas enam bulan atau satu tahun tempoh moratorium tamat.

“Bank di negara ini perlu prihatin terhadap masalah golongan yang benar-benar terkesan akibat COVID-19 dan mempertimbangkan tindakan mereka berdasarkan kesan penularan wabak yang serius ini,” katanya lagi.

Sebelum ini kerajaan pada Mac lalu mengumumkan pelaksanaan moratorium bagi semua pembayaran semula pinjaman, termasuk gadai janji dan sewa beli oleh individu serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi tempoh enam bulan, bermula 1 April 2020.

Covid-19: Umno urges banks to be considerate

UMNO is asking the government to consider extending the moratorium period beginning Oktober to December 2020 to further reduce the people’s burden in facing the second wave of Covid-19.

In a statement today, the party president Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi aired his concerned about the uprising trend in the pandemic.

He said Umno suggests that the government instruct the banking sector to halt the auction and bankruptcy proceeding on those who defaulted in servicing their loans since the pandemic has led to job and income losses.

“The auction proceeding and others on guarantors should be taken six months or a year after the moratorium ends. The banks must be considerate enough over the plight of those who are affected by the Covid-19, thus should consider them,” he said.

The government had in Mac announced a moratorium on all loan repayments, including hire-purchase by individuals and small-and-medium industries (PKS) for six months with effect on April 1st.