Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO 2020 Ditangguh

KUALA LUMPUR, 22 Okt – Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan bahawa Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO 2020 ditangguhkan kerana wabak COVID-19.

Berkaitan hal ini, beliau merujuk kepada Fasal 8.2 Perlembagaan UMNO yang berbunyi “Perhimpunan Agung Tahunan hendaklah diadakan sekali dalam setahun pada bila-bila masa yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi dengan syarat tidak lewat daripada 18 bulan dari tarikh Perhimpunan Agung yang lalu”.

Maklumnya, Fasal 8.2 Perlembagaan ini dibaca bersama Perkara 5.4 Peraturan Persidangan yang berbunyi “Tarikh Perhimpunan Agung, tarikh Mesyuarat Perwakilan Bahagian dan tempoh Persidangan Cawangan adalah ditentukan oleh Majlis Tertinggi”

“Tarikh Perhimpunan Agung UMNO 2019 ialah pada 6 dan 7 Dis 2019, maka 18 bulan selepas itu ialah selewatnya pada 5 Jun 2021. Oleh itu dipersetujui bahawa tarikh Mesyuarat Perwakilan Bahagian ialah pada Mac/April 2021 dan Perhimpunan Agung 2020 pada Mei/awal Jun 2021. Tarikh yang tepat akan dimaklumkan kemudian,” katanya.

Jelas beliau, penangguhan ini melibatkan sekitar 764 persidangan iaitu empat mesyuarat perwakilan untuk setiap 191 UMNO Bahagian di seluruh negara.

“Oleh kerana begitu banyak perhimpunan yang melibatkan puluhan ribu orang, ianya kemungkinan berupaya untuk merebakkan wabak Covid-19.

“Jawatankuasa Pengurusan UMNO telah bersetuju sebulat suara mengenai keputusan ini dan telah pun mendapat persetujuan secara majoriti daripada Ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO melalui ‘circular resolution’ atau pun resolusi secara edaran.”

Beliau juga memaklumkan AJK UMNO Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri di 191 bahagian adalah disarankan untuk mengadakan pelbagai aktiviti kebajikan prihatin rakyat dan ziarah kasih kepada yang memerlukan bantuan dalam kawasan masing-masing.

“Segala aktiviti mestilah mematuhi SOP Covid-19 yang telah ditetapkan oleh kerajaan,” katanya lagi. – UMNO Online

Postponement of delegates meeting and general assembly

KUALA LUMPUR, Oct 22 – Umno secretary-general Datuk Seri Ahmad Maslan announced today the postponement of divisional delegates meeting and the general assembly due to Covid-19.

He referred to Article 8.2 of Umno Constitution that reads, ‘the annual general assembly must be held once a year on the date set by the Supreme Council as long as it is not more than 18 months after the previous seating’

“The general assembly last held on 6-7 December 2019, hence June 5, 2021 will be the last day it must be held. In line with the Article, the delegates meeting is in March/April 2021 while the assembly in May/June 2021. The exact dates will be announced later,” he said.

The postponement involves 764 conferences which require four delegates meetings for each and every 191 Umno divisions nationwide.

“Since it will draw a big crowd, there is a tendency that Covid-19 can wide spread. The MT has given its nod via a circular resolution.”