UMNO Seru Semua Kepimpinan Parti Politik Rapatkan Saf, Junjung Titah YDP Agung

KUALA LUMPUR, 25 Okt –  UMNO hari ini menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan dan Raja-raja Melayu atas kebijaksanaan dan kearifan Baginda-baginda Tuanku dalam mendepani kemelut politik negara.

“Sejajar dengan titah dan harapan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, serta selaras dengan hasrat UMNO yang mengajak kepada gencatan politik, saya berharap seluruh kepimpinan parti politik merapatkan saf di semua peringkat dan seterusnya memberi tumpuan untuk sama-sama menangani penularan pandemik Covid-19 demi kesejahteraan rakyat”‘.

Demikian penegasan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan di sini.

Berikut kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

UMNO Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan dan Raja-raja Melayu atas kebijaksanaan dan kearifan Baginda-baginda Tuanku dalam mendepani kemelut politik negara.

Sejajar dengan titah dan harapan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, serta selaras dengan hasrat UMNO yang mengajak kepada gencatan politik, saya berharap seluruh kepimpinan parti politik merapatkan saf di semua peringkat dan seterusnya memberi tumpuan untuk sama-sama menangani penularan pandemik Covid-19 demi kesejahteraan rakyat.

Ibrah episod ini jelas mendidik kita bahawa dalam melaksanakan sebarang langkah besar yang hendak dilakukan oleh kerajaan memerlukan proses musyawarah dan penglibatan secara konsensus semua pihak.

Justeru, sewajarnya dimulakan satu inisiatif rekonsiliasi nasional yang merangkumi agenda politik, ekonomi, sosial dan keselamatan.

Rakyat perlu menjadi keutamaan ketika ini. Usaha bersungguh-sungguh hendaklah dijelmakan dalam mencari keseimbangan antara mengurus wabak Covid-19 dan kehidupan ekonomi rakyat. Saya menyeru agar kepimpinan politik perlulah benar-benar ikhlas dalam menjayakan cita-cita ini.

Saya sekali lagi mengambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan berdoa semoga Allah S.W.T terus mengurniakan kesihatan serta afiat buat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan.

DAULAT TUANKU

AHMAD ZAHID HAMIDI
25 Oktober 2020

All parties must take heed of the King’s message

KUALA LUMPUR, Oct 25 – Umno today expressed its gratitude to His Majesty Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong and the Malay Rulers for the wisdom in adressing the country’s political turmoil.
“In line with the words of His Majesty Tuanku and in line with UMNO’s wishes to call for a political ceasefire, I hope the entire political party leadership will strengthen the ranks at all levels and focus on tackling the spread of the Covid-19 pandemic the well-being of the people ”’.
That is the assertion of UMNO President Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi in a statement here, which reads:
“UMNO would like to express its thanks and gratitude to His Majesty Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong n and the Malay Rulers for their wisdom in addressing the country’s political turmoil.
“In line with His Majesty’s message of hope, as well as in line with UMNO’s wishes to call for a political ceasefire, I hope the entire political party leadership strengthens the ranks at all levels and further focuses on tackling the spread of the Covid-19 pandemic for well-being the people.
“Ibrah from this episode clearly teaches us that in implementing any major steps by the government require a consensus of all parties. Therefore, it is appropriate to start a national reconciliation initiative that includes political, economic, social and security agendas.
“The people need to be a priority at this time. Hard work must be embodied in finding a balance between managing the Covid-19 epidemic and the economic of the people. I call on all political leadership to be truly sincere in achieving this goal.
“I once again take this opportunity to uphold the love of His Majesty Tuanku and pray that Allah SWT continues to bestow good health for His Majesty.”
LONG LIVE THE KING
ZAHID HAMIDI
UMNO President