i-Sinar: Permudahkan Usah Dipersulitkan, Pemuda UMNO Cadang Tiga Penambahbaikan

1. Sejak pengumuman perincian berkenaan inisiatif i-Sinar oleh KWSP kelmarin, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah menerima puluhan ribu maklum balas dipelbagai wahana termasuk di media sosial, whatsapp dan telefon.

2. Rata-rata maklum balas yang diterima menzahirkan kemarahan dan kekecewaan terhadap keputusan KWSP yang dilihat lebih menyulitkan berbanding harapan yang diberikan YB Menteri Kewangan sewaktu sesi penggulungan peringkat dasar RUU Bajet 2021 tempoh hari.

3. Majoriti rakyat yang bersuara bertanggapan bahawa KWSP tidak ikhlas dan dilihat gagal menterjemahkan suara hati rakyat dan janji Kerajaan untuk meringankan beban mereka yang ketika ini berhadapan dengan kesusahan dan kepayahan hidup yang nyata di era pandemik.

4. Justeru, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menggesa agar KWSP tidak lagi cuba berdolak dalih dan segera melakukan tindakan korektif dan penambahbaikan.

5. Tiga (3) cadangan utama Pemuda UMNO adalah seperti berikut:

(i) Memansuhkan segala syarat yang menyusahkan pencarum yang ingin mengeluarkan wang simpanan mereka;

(ii) Mengurangkan karenah birokrasi dengan menyingkatkan tempoh untuk pemohon menerima bayaran pertama daripada 3 bulan kepada maksimum 1 bulan.

(iii) Memberikan pilihan kepada Ahli KWSP untuk mengeluarkan maksimum RM10,000 sekaligus (one-off) setelah permohonan diluluskan.

6. Di samping 3 cadangan awal ini, Pemuda UMNO komited dengan janji kami sebagai pemantau kepada pelaksanaan i-Sinar ini dan akan terus membawakan segala suara hati dan aduan rakyat kepada Kerajaan.

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
3 Disember 2020

i-Sinar: UMNO Youth suggests three improvements

1. Since the detailed announcement on the i-Sinar initiative by the EPF yesterday, UMNO Youth Movement has received tens of thousands of responses in various platforms, including on social media, whatsapp and phone calls.
2. On average, they expressed anger and disappointment over the EPF’s decision which was seen as more complicated than the expectations given by the Honorable Minister of Finance during the winding-up session of the 2021 Budget Bill.
3. The majority of the people who speak up think that EPF is not sincere and is seen as failing to translate the voices of the people and the Government’s promise to ease the burden of those who are currently facing real hardships and difficulties in the pandemic era.
4. Therefore, UMNO Youth urges the EPF to stop trying to make excuses and immediately take corrective action and improvement.
5. Three UMNO Youoth proposals are as follows:
(i) Repeal all conditions that are inconvenient to contributors who wish to withdraw their savings;
(ii) Reduce the bureaucracy by shortening the period for applicants to receive the first payment from 3 months to a maximum of 1 month.
(iii) Give the option to EPF members to withdraw a maximum of RM10,000 in one-off disbursement after the application is approved.
6. In addition to these 3 initial suggestions, UMNO Youth is committed to our promise as a monitoring party to the implementation of i-Sinar, and will continue to bring all rakyat’s woes and predicaments to the Government.
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
UMNO Youth Chief
3 December 2020