Kenyataan Media MKT 6 Jan: Usul Bahagian Dibawa Ke PAU, UMNO Tubuh Pasukan Khas Tangani Bencana

MAJLIS Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada hari ini, 6 Januari 2021 (Rabu) mengambil maklum mengenai perjalanan Mesyuarat Perwakilan Bahagian-Bahagian dan Sayap-Sayap Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri yang berakhir pada 3 Januari 2021.

2. Mesyuarat juga memperhalusi semua usul yang dibangkitkan oleh 189 Bahagian-Bahagian UMNO yang telah bersidang di seluruh Malaysia. Antara usul-usul utama yang dibangkitkan oleh majoriti besar UMNO Bahagian-Bahagian:

– Mempertahankan hubungan kerjasama dengan PAS melalui Muafakat Nasional mengambil kira sentimen permuafakatan yang telah dibina ketika 22 bulan bersama-sama sebagai pembangkang.

– Memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semasa menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.

– Menggesa supaya Pilihan Raya Umum Ke-15 dapat diadakan sebelum berakhir suku pertama 2021 bagi membolehkan mandat baharu diserahkan kepada rakyat, tertakluk kepada keadaan COVID-19.

3. Maka, berasaskan usul-usul utama yang dibangkitkan oleh Bahagian-Bahagian; dan atas faktor-faktor berikut:

– Usul-usul ini menyentuh soal dasar dan pendekatan asas yang akan mempunyai kesan besar kepada masa hadapan parti dan negara;

– Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan pada 31 Januari 2021;

– Peruntukan Perlembagaan UMNO di mana usul-usul Bahagian akan diangkat ke Perhimpunan Agung;
Mesyuarat bersetuju untuk membawa usul-usul ini ke Perhimpunan Agung UMNO pada 31hb Januari 2021 ini bagi dibahas dan diputuskan di peringkat tertinggi parti sebagaimana peruntukan Perlembagaan tersebut.

4. Mesyuarat juga memutuskan untuk menambah kekuatan jentera parti daripada negeri-negeri bagi usaha membantu mangsa-mangsa banjir termasuk pasca banjir. Skuad Sayang Wanita dan Skuad Sabil Pemuda juga telah dan akan digerakkan dengan lebih hebat.

5. Bagi tujuan menyelaras semua gerak-kerja penyampaian bantuan kepada mangsa banjir, sebuah ‘Pasukan Khas UMNO Menangani Bencana’ ditubuhkan dan akan dipengerusikan oleh YB Datuk Seri Shahidan Kassim.

6. Mesyuarat juga mengambil maklum mengenai pertukaran jawatan Setiausaha BN yang digalas semula secara tradisinya oleh Setiausaha Agung UMNO. Perkara ini sudah mendapat persetujuan lisan Presiden-Presiden Parti Komponen dan akan diabsahkan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN dalam masa terdekat.

SHAHRIL HAMDAN
KETUA PENERANGAN UMNO
6 JANUARI 2021

[gview file=”https://umno.org.my/wp-content/uploads/2021/01/KENYATAAN-MEDIA-KETUA-PENERANGAN-6-JANUARI-2021.pdf”]

Motions taken to General Assembly

JAN 6 – UMNO Supreme Council which met today, took note of all motions put forward by the 4-wing delegates meeting concluded on January 3rd.
2. The meeting also refined all motions raised by 189 that have convened their meetings nationwide. Among the major proposals are:
– Defending relationship with PAS through Muafakat Nasional, taking into account the consensus, sentiment and agreement developed during the 22 months period as the Opposition.
– to severe ties with Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) in the 15th General Election.
– Urges that the 15th General Election be held before the end of the first quarter of 2021 to enable a new mandate by the people, subject to COVID-19 conditions.
3. Thus, based on the major proposals raised by the Divisions; and for the following factors:
– These proposals question the policies and basic approaches that will have a significant impact on the future of the party and the country;
– UMNO General Assembly will be held on 31 January 2021;
– Provisions of the UMNO Constitution where the proposals of the Division will be raised at the General Assembly.
The meeting agreed to bring these proposals to the UMNO General Assembly and to be discussed and decided at the highest level of the party as by the Constitution.
4. The meeting also decided to increase the strength of the party machinery from the states in an effort to help flood victims, including post-flood. The Women’s Skuad Sayang and the Youth Sabil Squad have also been and will be mobilized even more.
5. For the purpose of coordinating all relief delivery activities to flood victims, an ‘UMNO Special Team for Dealing with Disasters’ was established and will be chaired by YB Datuk Seri Shahidan Kassim.
6. The meeting also took note of the change of BN secretary-general position which was traditionally held by the UMNO Secretary General. This matter has received the verbal consent of the components parties and will be ratified in the BN Supreme Council Meeting in the near future.
SHAHRIL HAMDAN
UMNO INFORMATION CHIEF
6 JANUARY 2021