PAU 2020 Ditangguhkan, Pemilihan UMNO Tetap Diadakan Tahun Ini

Selaras dengan Proklamasi Darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang dijadualkan pada 30 dan 31 Januari 2021 adalah ditangguhkan.

Tarikh baru akan dimaklumkan kelak.

Adalah diingatkan agar ahli-ahli UMNO sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19.

Dimaklumkan juga bahawa YB Dato’ Seri Presiden UMNO bersetuju agar pemilihan UMNO akan diteruskan di semua peringkat seperti yang dijadualkan pada tarikh yang sesuai tahun 2021 ini.

Sementara itu, semua ahli UMNO adalah diingatkan agar sentiasa merapatkan barisan bagi menumpukan kepada isu-isu membela dan membantu rakyat, pada ketika yang begitu mencabar ini.

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Setiausaha Agung UMNO
18 Januari, 2021

[gview file=”https://umno.org.my/wp-content/uploads/2021/01/KENYATAAN-MEDIA-SUA-_-PERHIMPUNAN-AGUNG-UMNO.pdf”]