Jangan Tiba-tiba Main Umum Tutup Aktiviti Ekonomi… Rakyat Bimbang

INI kisah semalam. Mula-mula media lapor Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah – Malaysia (EuroCham Malaysia) keluarkan kenyataan berikut:

Kerajaan dijangka menutup hampir kesemua aktiviti ekonomi selepas 4 Februari depan jika PKP 2.0 yang sedang dilaksanakan gagal mengekang penularan Covid-19.
https://www.sinarharian.com.my/…/Surat-Eurocham…

Selepas ‘dibantai’ teruk, EuroCham Malaysia keluar kenyataan susulan perkara itu cuma perbincangan tidak rasmi EuroCham Malaysia dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Rasmi atau tidak rasmi – yang rakyat bimbangkan ‘nawaitu’ sudah ada – cuma belum akad. Rakyat bimbang jika berdasarkan trend terkini jangkitan Covid-19, akad itu ‘possible’.

Rakyat faham kerajaan mungkin tiada pilihan atau jika ada beberapa pilihan, mungkin itu diyakini paling berkesan untuk menangani penularan pandemik Covid-19 yang mencanak.

Rakyat bagaimanapun memerlukan bantuan untuk menempuhinya dengan selamat “mentally and physically”. Memang kita turut sarankan PKP 2.0 yang lebih ketat sebelum ini.

Tetapi kita minta ia seiring dengan langkah-langkah membantu rakyat untuk mengharungi tempoh-tempoh sukar itu.
https://www.facebook.com/188294724642446/posts/1974927279312506/

Jangan tiba-tiba main umum sahaja. Perlu sediakan payung sebelum hujan. Kita tidak mahu pengumuman penutupan ekonomi mengundang ekstra bahaya.

Jika peningkatan paras kemiskinan pula berlaku, itu bermakna sebahagian rakyat bukan sahaja berdepan ancaman wabak, tetapi juga ancaman hilang segala-galanya selepas Februari 2021.

Hilang tempat tinggal, kenderaan waima makanan dan minuman untuk seisi keluarga. Ini juga “disaster” yang perlu dielakkan.
#FikirkanRakyat
#Rakyatdidahulukan
#Pencapaiandiutamakan

Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Presiden UMNO

Halting economic activity is worrisome

YESTERDAY’s story. The media first reported that the Chamber of Commerce and Industry of the European Union – Malaysia (EuroCham Malaysia) issued the following statement:
“The government is expected to close almost all economic activities after February 4 if the ongoing PKP 2.0 fails to curb the spread of Covid-19.”
After being hammered severely, EuroCham Malaysia issued a statement saying the matter was just an informal discussion of EuroCham Malaysia with the Ministry of International Trade and Industry (MITI).
Official or not – where the people are already questioning the motive behind it – nothing is finalised yet. But people are worried if such an action is made ‘possible’ on the light of the rising Covid-19 cases.
They understand that the government may have no choice or if there are some options, it will make believe that it is most effective in tackling the Covid-19 pandemic.
The people, however, need help to get through it safely “mentally and physically”. Indeed, we also recommend a tighter PKP 2.0 before. But it was in line with measures to help the people to get through those difficult times.
Please don’t toy around with their sentiment. We need to prepare an umbrella before it rains. We do not want the announcement of economic closure to invite extra danger, and anger.
If the poverty level rises, it means that some people are not only facing the threat of epidemics but also the threat of losing everything after February 2021.
Gone will be their homes, vehicles and food and drink for the whole family. This is a calamity needs to be avoided.

Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
UMNO President