Pihak Berkuasa Digesa Ambil Tindakan Tegas Kepada Pendera Kanak-kanak

1. Wanita UMNO Malaysia menzahirkan rasa hiba dan simpati di atas kes kematian kanak-kanak berusia 7 tahun akibat didera di Melaka pada Jumaat lepas. Lebih mengecewakan apabila dilaporkan pelaku adalah ibu kandung dan bapa tiri mangsa.

2. Keluarga yang sepatutnya menjadi tempat berlindung namun malang ia berlaku sebaliknya.

3. Wanita UMNO memandang serius kes seperti ini. Justeru, Wanita UMNO mendesak agar pihak berwajib mengambil tindakan tegas dengan segera akan pelaku dihadapkan ke muka pengadilan sekaligus menjadi pengajaran kepada orang ramai.

4. Selain daripada itu, Wanita UMNO juga berharap agar kerajaan dan pihak yang berkaitan melihat tahap kesihatan mental orang ramai yang sedikit sebanyak terkesan akibat daripada pandemik COVID-19.

5. Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), kes penderaan kanak-kanan yang melibatkan ibu bapa mencatatkan peningkatan sehingga 20 peratus sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak Mac tahun lalu.

6. Kes-kes yang berlaku seperti ini menunjukkan tahap mental orang ramai yang semakin terganggu sehingga sanggup melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya terhadap kanak-kanak.

7. Marilah kita bersama-sama mengembleng tenaga agar perkara seperti ini dapat diatasi.

KETUA WANITA UMNO MALAYSIA
DATUK SERI DR. NORAINI AHMAD