Murid, Ibu Bapa Dan Guru Muak Kerana PdPR Gagal Penuhi Aspirasi Pendidikan Kebangsaan

TAHUN ini menyaksikan sistem pendidikan dan pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) telah bermula sejak tahun 2020 akan dilaksanakan secara optimum oleh pihak Kementerian Pendidikan.

Kita memahami bahawa kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) merupakan mekanisma terbaik buat masa kini bagi mengatasi dan mengelakkan berlakunya jangkitan COVID-19 di kalangan murid.

Sungguhpun demikian, timbul pelbagai permasalahan di dalam mekanisma pelaksanaan PdPR yang sehingga kini masih lagi gagal untuk diatasi oleh pihak kementerian mengakibatkan berlakunya tekanan perasaan terhadap murid, ibu bapa dan guru bagi mengadaptasi dengan norma baru ini.

Malah, keluhan ibu bapa yang kecewa dengan pelaksanaan PdPR ini sudah mulai disuarakan memandangkan tidak ada satu sistem pendidikan yang selaras dari segi mekanisma pengajaran dan pembelajaran, tempoh waktu operasi kelas yang mengambil masa sepanjang hari sehingga larut malam dan, ketidakselarasan jadual sehingga berlakunya pertindihan kelas.

Akibatnya, ada antara murid-murid seolah-olah dilambakkan dengan kerja sekolah semata-mata tanpa memahami intipati subjek yang dipelajari.

Keadaan ini mengakibatkan ada ibu bapa yang sudah mulai muak dengan sistem PdPR ini dan mengambil inisiatif sendiri dengan menyediakan jadual waktu dan mengajar anak mereka sendiri memandangkan kebanyakan PdPR hanya mementingkan kehadiran murid berbanding kualiti pendidikan.

Meletakkan kesalahan kepada guru semata-mata adalah suatu tindakan yang tidak wajar kerana terdapat ramai guru yang begitu komited untuk memastikan anak murid mereka tidak tercicir dalam pendidikan dengan pelbagai kaedah dan inisiatif.

Persoalannya apakah mekanisma oleh kementerian pendidikan bagi memastikan kaedah PdPR ini menepati tahap pendidikan yang benar-benar berkualiti dan mampu memenuhi kehendak aspirasi pendidikan negara di samping mengoptimumkan teknologi.

Janganlah sekadar menyediakan jalan penyelesaian yang boleh diibaratkan seperti ‘melepaskan batuk di tangga’.

AHMAD ZAHID HAMIDI

Parents, teachers, students disgusted with PdPR

THE Education Ministry has introduced a system known as the Teaching and Learning at Home (PdPR) since 2020.
We understand that the PdPR method is the best mechanism at present to contain the spread of COVID-19 infection among students.
However, various problems arose in the PdPR implementation mechanism which until now still failed to be addressed by the ministry, resulting in emotional pressure on students, parents and teachers.
In fact, complaints by disappointed parents over the PdPR are mounting since there is no consistency in it, including class duration lasting until late night and inconsistencies in schedules. As a result, some students are burdened with hefty homework without understanding the essence of the subject being studied.
This situation results in some parents who are already fed up with this PdPR took their own initiative by preparing a schedule for their children education since most PdPR only cares about student attendance rather than the quality of education.
Putting the blame on teachers alone is an inappropriate action because there are many teachers who are so committed in ensuring their students do not dropout of education.
The question of the right mechanism is what the ministry should look into and ensuring this PdPR method meets the level of education, of high quality and explores the needs of education aspirations amid optimizing technology.
Don’t do it for granted.
AHMAD ZAHID HAMIDI
Umno President