Tangkap Imaginasi Anak Muda, Tawaran Realistik dan Kreatif – Shahril Hamdan

KUALA LUMPUR, 7 Mac – Menarik sokongan orang muda memerlukan idea yang lebih kreatif di samping tawaran yang bersifat realistik untuk mereka lebih tertarik mendekati UMNO.

Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan berkata ini kerana golongan ini mempunyai pemikiran yang berbeza berbanding orang dewasa yang lebih cenderung kepada tawaran yang bersifat ‘tradisional’.

“Bagi saya tawaran kepada anak muda itu mesti betul-betul kreatif atau kalau ikut bahasa muda tidak skema.

“Skema ini maksudnya seperti kita di UMNO dan Barisan Nasional (BN) ini hendak bangunkan sektor pertanian supaya anak muda dapat bergiat aktif, itu skema bagi saya sebab tiadak akan ada parti politik yang cakap lain.

“Ada juga seperti tambah peluang pekerjaan supaya tahap pengangguran yang tinggi selepas COVID-19 kembali rendah seperti pemerintahan BN dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi program Sembang Santai Apa Cerita Orang Muda: Isu Politik Semasa Negara: ‘Pandangan Orang Lama Dan Baru’ bersama Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abd Samad, baru-baru ini.

Shahril yang juga Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO percaya parti perlu mengemukakan pendekatan yang berbeza seperti yang dijanjikan sebelum ini serta mempunyai keunikan berbanding parti lain.

“Kita kena lihat diri sendiri, adalah kita perlu buat lebih dan bagi saya jawapanyanya adalah kita perlu melakukannya.

“UMNO perlu buat lebih untuk pastikan tawaran-tawaran kita berikan, calon yang kita tawarkan, dasar yang ingin kita perjuangkan boleh menangkap hati orang muda kerana bagi saya kita ketika ini sudah masuk ke fasa yang sudah berbeza,” ujarnya.

Katanya, ini kerana anak muda kini sudah celik dan berpandangan jauh kerana sesetengah daripada golongan ini kini berada di bandar atas faktor komitmen kerja.

“Apatah lagi dalam kawasan-kawasan yang mana mojiriti orang mudanya tak duduk dekat kampung. Hikmat bakti yang kita berikan mungkin hanya ibu bapa mereka hargai.

“Tapi orang muda ini mereka tak nampak sebab tidak duduk di kampung… mereka duduk di Kuala Lumpur, Johor Bahru, pusat-pusat bandar. Mereka belajar di luar, mereka bekerja di luar.

“Bila balik kita buat hikmat bakti sahaja, belum tentu cukup kalau kita tak menangkap imiginasi mereka,” katanya. – UMNO Online

Be creative in wooing the youth

KUALA LUMPUR, March 7 – Capturing their minds and making creative offer to the youth are paramount in efforts to woo them to UMNO, said Information Chief Shahril Hamdan.
He said this is because the group has a different mindset compared with adults who were more inclined to ‘traditional’ offers.
“To me, any offers to the youth must be really creative or in their language, ‘not a scheme’… There is also the possibility of increasing job opportunities so that the high unemployment rate during post-COVID-19 remains low like the previous BN government,” he said.
He said this through the program Sembang Santai Apa Cerita Orang Muda: Current Political Issues in the Country: Views of Old and New People ‘ with Johor Bahru UMNO Division Head Tan Sri Shahrir Abd Samad, recently.
Shahril who is also Pemuda deputy chief, believes that the party needs to come up with a different approach as promised before and be unique compared with other parties.
“We need to do more… we must to do it. UMNO needs to ensure that our offers, candidates and the policies are able to capture the hearts of young people because we are entering a different phase now… this is because young people are now more literate and far-sighted.”
“More of them occupy urban areas,” he said.