Selamat Menyambut Peristiwa Isra’ Dan Mikraj 1442H, Hayati Hikmahnya – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 11 Mac – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dengan Isra’ Mikraj semoga iktibar bermakna dapat dipelajari dari kisah yang menjadi detik permulaan ibadat Solat diwajibkan ke atas umat Islam.

Katanya, ia juga memberi mesej bahawa kasih sayang Allah kepada kekasih-Nya Nabi Muhammad saw terpancar jelas dalam setiap perhentian perjalanan kisah ini.

“Di mana ketika itu baginda diuji dengan kehilangan isteri tercinta Saidatina Khadijah dan bapa saudara Saidina Abu Talib  yang menjadi tonggak semangat Nabi dalam memperjuangkan agama Allah.

“Selain itu ia juga menzahirkan kesetiaan para sahabat yang sentiasa teguh bersama baginda meskipun ditekan dan diasak oleh musuh dengan berbagai cara,” katanya dalam kenyataan menerusi facebooknya malam ini.

Sehubungan itu, beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) mengajak semua untuk menghayati hikmah peristiwa ini dengan lebih mendalam setiap kali kita menyambutnya kerana ia sejarah yang terukir kemas dalam Al Quran dan pasti akan sentiasa berulang sepanjang jalan manusia menempuh perjuangan kehidupan. – UMNO Online

Instill the true meaning of Isra’ Mikraj 1442H

KUALA LUMPUR, March 11 – UMNO President Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said Isra’ Mikraj must be properly understood as it provides meaningful lessons to all Muslims.
He said, it also gives a message that the love of Allah to His beloved Prophet Muhammad is clearly reflected in every stop of the journey.
“At that time, he was tested by the loss of his beloved wife Saidatina Khadijah and his uncle Saidina Abu Talib who was the pillar of the Prophet’s spirit in fighting for the religion of Allah.
“Besides, it also shows the loyalty of the friends who are always beside him despite being pressured and oppressed by the enemy,” he said in a Facebook posting last night.
Zahid who is also Barisan Nasional (BN) chairman calls on every Muslim to deeply appreciate the wisdom of this event as it is clearly stated in the Holy Quran. –  UMNO Online