Mungkin Prestasi YB Kuala Langat Bakal Bertambah Cemerlang… Dah Lompat, Adakah Siasatan Dihentikan?

MEMBACA kenyataan Ahli Parlimen Kuala Langat, sukar menerima alasan yang dikemukakan mengapa beliau, seorang Naib Presiden, sanggup melompat meninggalkan parti semata-mata mahu fokus kepada urusan Covid-19 dan ekonomi negara.

Adakah hanya dengan beralih arah menjadi Ahli Parlimen menyokong Kerajaan satu-satunya cara mengurus Covid dan ekonomi? Kalau begitu, barangkali tak perlu konsep pembangkang dalam negara. Amat janggal apabila ia datang dari seorang yang sekian lama menjadi dikatakan “berjuang” selaku ahli politik pembangkang.

Mungkin sebab itu jugalah YB Sivarasa (Sungai Buloh) sendiri mengeluarkan kenyataan “jika tiada siasatan terpilih, Xavier takkan lompat”.

Tian Chua pula dalam komen mempertahan Xavier menyifatkan Kerajaan PN menggunakan “ugutan dan tarikan”.

Kalau kita pun seperti kawan-kawannya Sivarasa dan Tian Chua yang seakan tak percaya alasan dikemukakan Xavier, maka timbul persoalan yang kita boleh fikirkan jawapannya sendiri:

– Andai benar dia tidak bersalah, “ugut” macam mana pun, kenapa perlu lompat?

– Sekarang dah lompat, adakah siasatan terus dihentikan?

Apapun, setelah menjadi Ahli Parlimen yang menyokong Kerajaan, semoga khidmat bakti cemerlang beliau selaku wakil rakyat Kuala Langat selama ini, akan bertambah cemerlang.

P/s Antara petikan menarik dalam kenyataannya semalam: “secure funds to rebuild the economy”.

SHAHRIL HAMDAN
Ketua Penerangan UMNO