Kerajaan Wajar Kaji Kompaun RM10,000 Langgar SOP PKP

KERAJAAN wajar mengkaji semula kompaun sehingga RM10,000 yang boleh dikenakan ke atas rakyat yang didapati melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Nilai kompaun dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM10,000 di bawah Ordinan Darurat banyak menimbulkan kegelisahan dalam kalangan rakyat.

Pertama sebilangan rakyat masih keliru tentang SOP yang ditetapkan kerajaan dan kini mereka berisiko dikompaun sehingga RM10,000 jika tersalah faham berhubung SOP tersebut.

J-KOM dengan peruntukkan lebih RM40 juta sewajarnya berusaha memahamkan rakyat tentang SOP ini terlebih dahulu. Inilah peranan yang sepatutnya oleh J-KOM, bukan sebaliknya.

Kedua saya percaya setiap rakyat Malaysia berusaha untuk mematuhi SOP sepanjang masa kerana mereka juga bimbang dijangkiti wabak Covid-19.

Namun fitrah manusia tidak lari daripada melakukan kecuaian. Justeru, kompaun bertujuan untuk mendidik dan memperingati mereka, bukan untuk menekan hidup mereka.

Ketiga RM10,000 bukan jumlah yang kecil bagi golongan berpendapatan rendah. Jika gagal dilunaskan dalam tempoh tertentu mereka akan berdepan pendakwaan.

Mungkin RM10,000 dapat memastikan golongan kaya raya sedikit sebanyak turut terkesan dengan nilai kompaun.

Bagaimanapun ‘jangan pukul rata’ sehinggakan golongan berpendapatan rendah dan miskin terjebak sama.

Benar kompaun RM10,000 ditulis atas notis saman belum muktamad kerana boleh membuat rayuan berdasarkan budi bicara pegawai diberi kuasa.

Persoalannya bagaimana cara untuk mengukur budi bicara? Kompaun dikurangkan kepada RM8,999 juga boleh dianggap sebagai budi bicara.

Sewajarnya ada ‘guidelines’ yang jelas dalam urusan budi bicara atau mungkin kompaun sehingga RM10,000 boleh ditetapkan berdasarkan klasifikasi pendapatan.

Golongan T20 mungkin wajar dikenakan kompaun maksimum RM10,000, manakala M40 dan B40 berdasarkan pendapatan mereka atau kesalahan berulang seperti yang pernah disyorkan.

Ini selari dengan kepayahan rakyat menjalani kehidupan dalam keadaan ekonomi yang lembap dan kos sara hidup semakin meningkat.

Walau apa pun saya tetap menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya berusaha sedaya upaya mematuhi SOP pada setiap masa dan di mana jua.

Bukan kerana semata-mata takut dikenakan tindakan keras dibawah Ordinan Darurat, tetapi kerana cakna terhadap keselamatan diri dan keluarga.

DATO’ SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI
Presiden

Please review the RM10,000 compound

THE government should review the RM10,000 compound against those flouting the Standard Operating Procedures (SOP) of the Movement Control Order (PKP).
The increase of compound from RM1,000 to RM10,000 under the Emergency Ordinance has caused a lot of uneasiness among the people. Some are still confused about the SOP set by the government and now risk of being compounded up to RM10,000.
The J-KOM with an allocation of more than RM40 million should try to make the people understand the SOP first. This is the role they should play, not the other way around.
Secondly, I believe every Malaysian will comply with the SOP at all times because they too are worried of being infected by the Covid-19 epidemic. However, it is nature that we human make mistake too. The compound is supposed to educate and remind them, not to depress their lives.
Thirdly, RM10,000 is not a small amount for the low -income group. If they fail to pay within a certain period, they will face prosecution. To the rich, maybe its a small matter but others feel the pinch too.
It is true that the RM10,000 compound is produced in form of summons and not final since it can be reduced on appeal. However, it will also be burdensome should it is reduced only by a thousand ringgit of two.
The T20s may be liable to a maximum compound of RM10,000 while the M40s and B40s should be based on their income or repeated offenses. This is in line with the difficulty of the people surviving the a sluggish economy and the rising cost of living.
In any case, I still call on all Malaysians to do their best to comply with the SOP. Not simply of fear for being subjected to harsh action under the Emergency Ordinance, but out of concern for personal and family safety.
DATO SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI
UMNO President