Garis Panduan Kompaun Diumum Kerajaan, Masih Di Tahap Membebankan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 18 Mac – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi meluahkan rungutan rakyat berkenaan kadar kompaun yang dikenakan kepada individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) meskipun beberapa garis panduan telah diberikan kerajaan semalam.

Katanya dalam satu hantaran di Facebook, rakyat melihat panduan tersebut masih lagi di tahap membebankan terutama dengan kerenah birokrasi yang dihadapi mereka.

“Pertama diskaun kompaun hanya layak dalam tempoh tujuh hari. Bukan mudah untuk sebilangan rakyat menyediakannya RM750 dalam tempoh tersebut.

“Kedua rakyat khuatir jika timbul isu birokrasi dalam proses ini. Kerajaan wajar memastikan ia berjalan tanpa banyak kerenah,” katanya.

Tambah Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, rakyat juga sangsi seolah wujud sikap pilih kasih dalam operasi penguatkuasaan yang melibatkan individu berprofil tinggi.

“Ketiga rakyat mula sangsi ada anasir ‘double standard‘ dalam penguatkuasaan SOP membabitkan menteri dan pemimpin politik,” tegas Ahli Parlimen Bagan Datuk itu lagi.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas beberapa perubahan dalam pelaksanaan kompaun RM10,000.

“Kerajaan telah mengubah pelaksanaan kompaun RM10,000 yang boleh dikenakan ke atas rakyat kerana melanggar SOP pencegahan COVID-19.

Ok Terima kasih. Tidak sia-sia saya dan rakan-rakan membangkitkan permasalahan ini sebelum ini,” katanya.

Ahmad Zahid sebelum ini meluahkan pandangan agar kerajaan mengkaji semula kompaun sehingga RM10,000 yang dikenakan ke atas rakyat yang didapati melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan.

Kabinet semalam menetapkan Garis Panduan Penetapan Nilai Tawaran Kompaun dan Kadar Pengurangan Kompaun Di Bawah Akta 342 Dan Peraturan-peraturan Di Bawahnya yang berkuatkuasa semalam, yang antaranya menawarkan diskaun 50 peratus atau 25 peratus kepada individu atau syarikat, sekiranya menjelaskan bayaran dalam tempoh ditetapkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata di bawah Garis Panduan itu kesalahan ditetapkan dengan tiga kategori iaitu tinggi, sederhana dan normal, dan nilai kompaun sewajarnya dikenakan adalah mengikut kategori.

Kategori tinggi ialah kesalahan yang menyebabkan penularan yang tinggi atau impak jangkitan kepada komuniti dalam skala besar; sederhana adalah kesalahan yang menyebabkan penularan tinggi tetapi tidak memberi impak besar jangkitan kepada komuniti; manakala normal adalah kesalahan yang boleh menyebabkan risiko rendah dan tiada kesan kepada komunti. – UMNO Online

Compound guidelines still burdensome

KUALA LUMPUR, March 18 – UMNO President Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi has once again voiced his concern over the new compound guidelines announced by the government yesterday.
He said in a Facebook posting, it is still burdensome to some people since due tight bureaucratic measures that come with it.
“The first compound discount is offered only for seven days. It is not easy for some people to provide RM750 in that period. They are more worried if bureaucracy issues arise in this process. The government should ensure that it runs without much fuss,” he said.
The Barisan Nasional (BN) chairman added that the people were also skeptical as there seemed to be partiality in enforcement operations involving high-profile individuals.
“The people are beginning to question the ‘double standard’ when it comes to SOP flouted by ministers and political leaders,” said the Member of Parliament for Bagan Datuk.
He, however, thanked the government for some ‘improvements’ to the RM10,000 compound.
Zahid had previously expressed the view that the government should review the RM10,000 compound to those violating the SOP of the Movement Control Order.
The Cabinet yesterday set the guidelines of the compound rate Under Act 342, which among others offer a 50 per cent or 25 per cent discount to individuals or companies within the stipulated period.
Minister in the Prime Minister’s Department (Parliament and Law) Datuk Seri Takiyuddin Hassan said under the guidelines, offenses were divided into three categories, namely high, medium and normal.