Apa-apa Tentang UMNO… Suarakanlah Ikut Saluran

HUJUNG minggu ini akan berlangsung Perhimpunan Agung UMNO 2020. Dua kali tertangguh sebab COVID-19 tapi Alhamdulillah akan diadakan juga. Insya-Allah akan dibuat dalam norma baharu dan patuh pada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Bukankah UMNO adalah organisasi politik yang sentiasa patuh pada perundangan, utamakan keluhuran Perlembagaan dan pastikan etika persidangan juga diikuti. Begitu juga dengan ketetapan dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Semua pihak tahu bahawa Perhimpunan Agung UMNO adalah medan untuk akar umbi bersuara, dari cawangan dibawa ke bahagian dan diangkat dalam persidangan UMNO, maka nanti bersuaralah, berbicaralah dan jurucakap laksanakanlah tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh akar umbi.

Sekarang ini tak perlulah pertahankan apa-apa kenyataan yang bercanggah dari keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO atas apa juga alasan walaupun bersifat peribadi. Tak elok dan tak mendatangkan kebaikan pun malah hanya mengundang kemudaratan. Tunggulah saja nanti Perhimpunan Agung UMNO yang bakal buat keputusan tentang hala tuju parti, kemudian hormatilah suara konsensus untuk pastikan sama-sama mendukung keputusan yang telah dibuat.

Jika gagal hormati institusi dan organisasi maka UMNO akan hancur dari dalam kerana sekarang ini seakan ada yang cuba merobek acuan parti untuk perlihatkan kononnya UMNO tiada lagi sokongan.

Dan untuk yang di luar parti pula… anggota UMNO perlu tahu menilai. Mana yang mesti diambil perhatian dan mana pula yang mesti diabaikan. Memang di luar UMNO itu bukan ahli UMNO tapi taklah bermakna mereka semua menentang hala tuju dan perjuangan UMNO.

Realitinya UMNO masih diperlukan dan UMNO juga perlukan sokongan dari orang Melayu. Pemikiran terhadap UMNO bukan hanya perlu dilihat wujud dan relevan pada mata orang Melayu tetapi juga mesti kukuh dan kuat untuk menjadi penaung dan pembela semua rakyat.

Kerana itu kita mesti berpijak di bumi nyata iaitu dengan UMNO sahaja tidak akan memenangkan kita dalam pilihan raya tetapi jika UMNO kukuh dengan bangsa Melayu sendiri bersatu maka sokongan itu akan datang dari pelbagai pihak yang yakin dan percaya dengan kemampuan UMNO.

Semua pihak perlu sedar bahawa sikap segelintir dalam parti sendiri telah menyebabkan UMNO ini cuba dirosakkan… hanya kerana rasa tak puas hati maka cuba wujudkan kebencian terhadap UMNO sedangkan jasa UMNO terlalu banyak.

UMNO hari ini ini masih lagi mendukung perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air. Dari kerajaan, menjadi pembangkang dan kemudian jadi sebahagian kerajaan tak melunturkan perjuangan UMNO.

Sekarang, takkanlah ramai dah lupa episod kerajaan 22 bulan? Waktu itu ada yang mahu UMNO diharamkan, mahu UMNO dibubar, kata UMNO dah mati, kononnya perjuangan UMNO tak relevan dan macam-macam lagi berkaitan UMNO dinafikan. Apa-apa saja berkait dengan UMNO akan ditekan dan dihimpit… pemimpin UMNO yang tak mahu lompat disabit dakwaan mahkamah, akaun UMNO dibeku, ahli-ahli UMNO ditolak dan macam-macam lagi.

Setahun UMNO jadi sebahagian kerajaan hari ini, maka janganlah segala peristiwa kerajaan 22 bulan dilupakan sebaliknya jadikanlah pengajaran. Keperitan rakyat 22 bulan adalah realiti dan bukti sebenar bahawa UMNO amat penting untuk kembali dinobatkan sebagai penaung kepada rakyat… bukan hanya ahli UMNO tapi manfaat untuk semua warga Malaysia sebagaimana yang pernah dilaksana dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) – Kata Dikota, Janji Dilaksana.

UMNO bukan parti rasis, elitis atau eksklusif tapi parti ini adalah sebuah perjuangan maka kerana itu, pertahankanlah acuannya demi agama, bangsa dan tanah air kita. Jangan robekkan acuan yang kita ada kerana ke mana kita Melayu akan berada jika bumi dipijak ini kelak milik orang?

Kerana itu, UMNO mesti terus dipelihara, hala tujunya mesti jelas dan perjuangannya mesti dihayati untuk diaplikasi… maka Perhimpunan Agung UMNO 2020 adalah manifestasi kepada arah dan masa hadapan parti. Bersatu, Bersetia, Berkhidmat – UMNO Dulu, Kini, Selamanya.

TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR
BENDAHARI UMNO

#UMNOSebuahPerjuangan
#dulukinidanselamanya
#BersatuBersetiaBerkhidmat
#umnomalaysia

Use proper channels to discuss party matters

THE General Assembly (PAU 2020) will convene on the weekend. After being postponed twice due to Covid-19, it will finally take place under the new norms and strict standard operating procedures (SOP).
Isn’t UMNO a political organisation always abide by the law, prioritizes the supremacy of Constitution and ensures that the ethics of the conference are fully-observed? We also adhere to conditions set by the Registrar of Societies (RoS).
We all know that PAU is a platform for the grassroots to speak out through delegates to the conferences. And this is not the time defending any wild statement that contradicts the Supreme Working Council decision for whatever reason. It does not bring any good. Just wait for PAU to decide on the party’s direction. Respect the voice of consensus.
If we fail to respect the institution, then UMNO will rot from within because some people are trying to rip it apart. For those outside the party, members can evaluate them. They know who should be politically apprehended and ignore. At the same time, bear in mind that those who are not UMNO members are not actually against the party.
In reality, UMNO also need the Malay support. UMNO must be seen as staying in relevant with their quest and strong enough for all citizens.
UMNO alone cannot win the election but if UMNO is strong and the Malays are united, the party will gain everybody’s trust. All parties in UMNO must also be aware with those few sowing hatred among members, with the intention to damage its reputation.
UMNO today still supports the struggle for religion, nation and homeland. As an Opposition or as part of the government, UMNO is always intact.
Have we forgotten the 22-month predicaments? At that time, they wanted to ban UMNO, wanting it dissolved and making remarks that UMNO was dead, not any more relevant and all sorts of negative things. Everything related to UMNO was pressured, UMNO leaders who refused to bow out to their demand were subjected to court charges, UMNO accounts were frozen and members were ridiculed.
It’s already a year since UMNO became part of the government. Never forget the harrowing time under the 22-month government, learn something from it. Based on that, it is very clear that UMNO is the only party that cares for the people. It is for all Malaysians, as proven during the Barisan Nasional (BN) era.
UMNO is not a racist, elitist or an exclusive party. It is for our religion, race and homeland. Never change it. Think of the Malays in the future. We must stand united, loyal and ready to serve.

TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR
UMNO Treasurer