PAU 2020 Bakal Catat Sejarah, Pertama Kali Kombinasi Bersemuka Dan Maya

1. Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020) akan diadakan pada 27 Mac dan 28 Mac 2021 (Sabtu dan Ahad).

2. Perhimpunan Agung UMNO 2020 mencatat sejarah tersendiri kerana pertama kalinya akan diadakan secara kombinasi bersemuka dan maya. Secara bersemuka di Dewan Merdeka, PWTC dan secara maya di 190 UMNO Bahagian-bahagian.

3. Pada 27 Mac 2021, Perhimpunan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri akan dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Timbalan Presiden UMNO di Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC.

4. Upacara menaikkan bendera akan diadakan di Plaza Merdeka dan disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO pada 28 Mac 2021. Ia akan dihadiri oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO serta EXCO Wanita, EXCO Pergerakan Pemuda dan EXCO Pergerakan Puteri UMNO.

5. Upacara perasmian Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan pada 28 Mac 2021, Ahad jam 8.30 pagi di Dewan Merdeka, PWTC, yang mana acara kemuncaknya adalah Ucapan Dasar oleh YB Presiden UMNO.

6. Setelah selesai Perasmian Perhimpunan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri oleh YB Timbalan Presiden UMNO; Ketua Wanita, Ketua Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO akan menyampaikan ucapan Dasar mereka di dewan yang ditetapkan.

7. Ucapan Dasar YB Presiden, Ucapan Perasmian YB Timbalan Presiden UMNO, Ucapan Dasar Ketua Wanita, Ketua Pergerakan Pemuda dan Ketua Pergerakan Puteri, akan disiarkan melalui media sosial seperti FB Live/FB Watch/UMNO Online. Ucapan perbahasan oleh wakil UMNO dari negeri-negeri akan disiarkan secara dalaman melalui aplikasi Webex.

8. Perbahasan adalah berkaitan ucapan Dasar Ketua-ketua Sayap dan Ucapan Dasar Presiden. Ucapan dasar mereka akan menyentuh antara lain isu berkaitan politik, ekonomi, sosial, agama, antarabangsa dan juga isu-isu semasa yang lain seperti COVID-19 dan vaksin.

9. Majlis Keselamatan Negara (MKN) Wilayah Persekutuan telah meluluskan PAU 2020 melalui surat bertarikh 19 Mac 2021. Perbincangan Setiausaha Agung UMNO dengan Pengarah MKN Wilayah Persekutuan dan Ketua Polis Daerah Dang Wangi juga telah diadakan.

10. UMNO akan mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti mematuhi penjarakan fizikal, mewajibkan pemakaian pelitup muka, pemeriksaan suhu, mengimbas MySejahtera dan sanitasi tangan.

11. SOP yang berkuatkuasa pada 18 Mac 2021, mengenai PKPB di Kuala Lumpur dan SOP Meetings, Incentives, Conferences & Exihibitions (MICE) yang berkuatkuasa pada tarikh tersebut akan dipatuhi.

12. Selain itu, bagi tujuan pematuhan SOP, UMNO akan menambah anggota keselamatan seperti RELA dan Skuad Sabil.

13. Pemerhati orang awam dan ahli UMNO yang bukan perwakilan tidak dibenar menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2020 di PWTC kali ini.

14. Tidak akan ada gerai jualan dan food trucks dibenarkan beroperasi.

15. Sebanyak 42 agensi media cetak dan elektronik telah memohon untuk membuat liputan pada perhimpunan kali ini setakat 23 Mac 2021.

16. Berikutan SOP yang ditetapkan, tiada petugas media dibenarkan untuk berada di dalam dewan persidangan. Media boleh membuat liputan di Laman Media secara maya di Bilik Mawar, Aras 2, PWTC.

17. Taklimat kepada petugas media diberikan oleh Pegawai Media Ibu Pejabat UMNO berhubung peraturan yang ditetapkan selaras dengan SOP yang dikeluarkan oleh MKN dan Kementerian Kesihatan.

18. Maklumat lanjut mengenai Perhimpunan Agung UMNO 2020 boleh diperolehi dalam Media Kit yang disediakan atau berhubung dengan pegawai berkaitan di Ibu Pejabat UMNO.

19. PAU 2020 adalah perhimpunan yang penting sempena Sambutan Jubli Intan, 75 Tahun UMNO bagi meningkatkan semangat perjuangan. UMNO akan terus Prihatin Rakyat, Membela dan Membantu Rakyat, menjadi Juara Rakyat dan sentiasa menyuarakan Suara Rakyat.

Sekian. Terima kasih.

DATUK SERI HAJI AHMAD MASLAN
SETIAUSAHA AGUNG UMNO
23 MAC 2021

[gview file=”https://umno.org.my/wp-content/uploads/2021/03/KENYATAAN-MEDIA-SUA-_-23-MAC-2021.pdf”]

PAU 2020 into history – face to face and virtual meets

1. THE UMNO 2020 General Assembly (PAU 2020) will be held on 27 March and 28 March 2021 (Saturday and Sunday).
2. It creates history as it will combine face to face and virtual meets simultaneously, face to face at Dewan Merdeka, PWTC and virtually at 190 divisions.
3. On 27 March 2021, the Women’s, Youth and Puteri will be officiated by Deputy President Dato ‘Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, at Dewan Merdeka, Level 4, PWTC.
4. The flag raising ceremony will be officiated by the President Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi at Plaza Merdeka on 28 March 2021. It will be attended by UMNO Supreme Working Council Members as well as Women Exco, Pemuda and Puteri Exco.
5. The opening ceremony of the General Assembly is on Sunday 28 March at the Dewan Merdeka, of which will highlight the President’s policy speech.
6. Upon completion of the opening of the Wanita, (Pemuda) Youth Movement and Puteri, their respective chiefs will deliver their policy speeches in the designated hall.
7. The President’s speech and the wings’ chief address will be broadcast through social media such as FB Live/FB Watch/UMNO Online. Debate speeches by UMNO representatives will be broadcast internally via the Webex application.
8. The debate is related to the President’s policy speech and addresses by respective heads. Their policy speeches will more or less, touch on political, economic, social, religion and international issues as well as others such as COVID-19 and vaccines.
9. The National Security Council (MKN) has approved PAU 2020 through a letter dated 19 March 2021 after discussions were held between the party’s Secretary General with the Federal Territory MKN Director and Dang Wangi District Police Chief.
10. UMNO will comply with all SOPs set by the MKN such as physical restriction, wearing of face masks, temperature checks, MySejahtera scans and hand sanitation.
11. All SOPs effective on 18 March 2021 for Kuala Lumpur will be complied with.
12. In addition, for the purpose of SOP compliance, UMNO will add security personnel such as RELA and Sabil Squad.
13. Public observers and UMNO members who are not delegates are not allowed to attend the UMNO 2020 General Assembly at PWTC this time.
14. There will be no stalls and food trucks allowed to operate.
15. A total of 42 print and electronic media agencies have applied to cover the assembly as of 23 March 2021.
16. Following the SOP, no media personnel are allowed to be in the conference hall. The media can make coverage via the virtual media sites at the Rose Room, Level 2, PWTC.
17. The media was briefed by headquarter’s media officer today, particularly on the SOP set by the NSC and the Ministry of Health.
18. Further information on PAU 2020 can be obtained in the media kit provided or contact the relevant officials at the UMNO Headquarters.
19. PAU 2020 is an important gathering in conjunction with the Diamond Jubilee Celebration marking the 75-year of UMNO. The party will continue caring and defending the people.
Thank you.
DATUK SERI HAJI AHMAD MASLAN
UMNO Secretary-General
23 March 2021