Usah Ditangguh Hak Undi18 Anak Muda, Hormati Ketetapan Parlimen

KEPUTUSAN untuk menangguhkan pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran pemilih secara automatik sehingga 1 September 2022 seperti yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah amat mengejutkan dan mengecewakan.

2. Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berpendapat bahawa keputusan SPR ini seolah-olah tidak menghormati Parlimen sebagai badan legislatif tertinggi negara yang telah bersepakat melebihi 2/3 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat dan Dewan Negara untuk meluluskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 pada Julai 2019 yang lalu.

3. Hakikatnya, Pindaan pada Fasal (1) dan Fasal (4) Perkara 119 serta perenggan (b) Perkara 47 dan Seksyen 5 Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan ini adalah komitmen politik yang bersejarah merentasi parti dan bakal memberdayakan (empowerment) lebih 7.8 juta pengundi baharu ke dalam sistem pilihan raya sekaligus menentukan kepimpinan, hala tuju masa negara

4. Hakikatnya, kemajuan pantas teknologi komunikasi dan informasi merentas sempadan telah membawa kepada realiti baharu politik semasa dan anak-anak muda kita kini mula cakna akan kekuatan pengaruh mereka serta berani bersuara menyatakan pendapat.

5. Sebab itulah keputusan menangguh Undi 18 oleh SPR dan kerajaan boleh ditanggapi sebagai suatu tindakan yang menafikan hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan untuk anak muda.

6. Justeru, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak agar kerajaan mengotakan janji bagi memenuhi komitmen garis masa perlaksanaan Undi 18 pada Julai 2021.

7. Bagi tujuan merealisasikan hasrat ini kerajaan harus menyediakan segala kemudahan yang diperlukan termasuk sumber-sumber yang mencukupi dari segi kewangan, koordinasi merentas agensi dan menambah tenaga kerja.

8. Amat tidak wajar untuk berselindung di sebalik alasan COVID-19 setiap kali kerajaan gagal atau tidak dapat memenuhi tuntutan demokrasi dan kehendak rakyat termasuk yang terbaru perlaksanaan Undi 18 dan pendaftaran pemilih secara automatik.

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Don’t defer registration of young voters, respect Parliament

THE decision to postpone the automatic registration for those aged 18 years until 1 September 2022, as announced by the Election Commission (EC), is very shocking and disappointing indeed.
2. Pemuda UMNO is of the opinion that the EC decision does not seem to respect Parliament as the country’s highest legislative body which has agreed when more than 2/3 members of the Dewan Rakyat and Dewan Negara passed the Constitution (Amendment) Bill 2019 in July 2019.
3. In fact, the Amendment to Clause (1) and Clause (4) of Article 119 as well as paragraph (b) of Article 47 and Section 5 of the Eighth Schedule of the Federal Constitution is a historic political commitment that will give voting right to over 7.8 million new voters.
4. Indeed, the rapid advancement of cross-border communication and information technology has led to new realities of current politics and our young people are now beginning to recognize the strength of their influence plus the ability to speak up.
5. That is why the decision to postpone the registration by the EC and the government can be seen as an action that denies them the right under the Federal Constitution.
6. Therefore, Pemuda urges the government to keep its promise.
7. To realise this, the government should provide all necessary facilities including adequate financial resources, cross-agency coordination and increase in manpower.
8. It is highly inappropriate to hide behind the COVID-19 excuse every time the government fails or is unable to meet the demands of democracy and the will of the people, including the registration of the young voters.

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
PEMUDA Umno Chief