Tarik Diri Daripada PN, Perwakilan Serah Kepada MKT

PERWAKILAN telah bersetuju untuk memberikan mandat kepada presiden dan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO untuk menentukan tarikh penarikan diri parti dari kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, sekiranya sebarang ketetapan berkenaan penarikan diri tersebut dilakukan beliau berharap situasi itu mendapat kerjasama daripada pemimpin UMNO yang berada di kabinet dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Maka kalau dapat difahami bahawa perwakilan telah memberikan mandat kepada presiden dan MKT untuk menentukan bahawa kita boleh menarik diri dari kerajaan PN bila-bila masa.

“Kalau ini menjadi keputusan mereka, saya yakin rakan-rakan terutamanya menteri, timbalan menteri, pengerusi GLC malah seluruh ahli-ahli Parlimen akan 100 peratus akur dengan keputusan parti ini.

“Ertinya kalau menarik diri dan ini merupakan keputusan parti mereka tidak akan gusar untuk meletakkan jawatan demi mematuhi keputusan yang dibuat oleh parti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Tambah Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu lagi beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kesemua pengerusi UMNO Perhubungan Negeri yang turut memberikan pandangan sama berkenaan pengunduran diri dari PN. – UMNO Online

Zahid, MT to decide withdrawal from PN

THE General Assembly delegates have agreed to give their mandate to president and the UMNO Supreme Council (MKT) as to when will be proper for UMNO to withdraw from the Perikatan Nasional government, said Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
The President said, if any decision is made, he hopes it will get the cooperation of UMNO MPs in the cabinet and government-linked companies (GLCs).
“The delegates have given a mandate to the president and MKT to choose the right date. This is their decision and I am confident that my friends, especially ministers, deputy ministers, GLC chairmen and even all members of Parliament will fully abide by the party’s decision.
“It means that when the party reaches a decision, they will not be upset to resign and comply ,” he said.
He said this in his winding up address at the UMNO 2020 General Assembly at the Dewan Merdeka, World Trade Center, today.
The Barisan Nasional (BN) chairman also thanked all the UMNO State Liaison chairmen who are of the same stance.