Kerajaan Perlu Ambil Serius Kenaikan Harga Barang, Jangan Biar Rakyat Terbeban – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 16 April – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengambil serius berkaitan harga barang dan jangan biarkan pembeli terbeban dengan kenaikan harga yang terkawal.

Katanya, kerajaan perlu bertindak segera, lagipun ekonomi rakyat ketika ini amat menekan.

“Kita harus sedar situasi semasa memperlihatkan ekonomi negara tidak begitu baik dengan kadar pengangguran tinggi.

“Rakyat kekurangan wang dan mereka wajar dibantu. Saya berharap isu daging ayam dapat ditangani cepat dan masalah ini tidaklah begitu serius seperti masalah politik,” katanya dalam hantaran melalui laman facebooknya, hari ini.

Beliau berkata demikian berikutan semalam kecoh apabila harga daging ayam dikatakan bakal meningkat sehingga RM10 sekilogram malah apa yang mengejutkan adalah kenaikan itu berlaku lima kali dalam tempoh dua minggu.

Menurut laporan terbabit, sebelum ini daging ayam dijual pada harga RM7 lalu meningkat sedikit demi sedikit iaitu RM8, RM8.50 dan RM9 sekilogram sejak Jumaat lalu.

“Jangkaan mengatakan harga itu akan dinaikkan RM9.50 pada hari ini dan jangkaan seterusnya adalah RM10. Apa yang mahu terjadi lagi selepas ini? Jika harga terus dinaikkan bagaimana persiapan masyarakat untuk meraikan Lebaran pada bulan hadapan?”

Sebelum itu, pada 8 Mac lalu Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) juga ada menyuarakan kebimbangan berkaitan harga daging lembu dijangka meningkat sehingga RM45 sekilogram dan mohon riki-riki sama, jangan culas. – UMNO Online

Spiraling prices a burden to the people, please check!

KUALA LUMPUR, Apr 16 – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi urged the Ministry of Domestic Trade and Consumer Affairs (KPDNHEP) look seriously into the spiraling price of goods as the people are beginning to feel the pinch out of it.
He said the government needs to act immediately, especially during which the people is finding it difficult to make ends meet.
“We must be aware of the current situation which indicates how bad the country’s economy is, with a high unemployment rate.
“People now are lack of money and they deserve help. I hope the issue can be attended to quickly so that it won’t burgeon like the political problem,” he said in a FB posting, today.
He cited an incident yesterday when the chicken price notched RM10 per kilogram and it happened five times in two weeks. According to reports, previously chicken meat was sold at RM7 and increased gradually to RM8, RM8.50 and RM9 per kilogram since last Friday.
“The people will be celebrating Aidilfitri next month. Imagine the situation that may arise,” he said.
On March 8, the MP for Bagan Datuk expressed concern over the price of beef which was expected to increase to RM45 per kilogram and urged the ministry to take a ‘peep’ into it.