Mansuh UPSR, Batal PT3: Harap Keputusan Tidak Flip Flop Seperti PdPR, PKP

KUALA LUMPUR, 2 Mei – Kerajaan membuat keputusan untuk memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) manakala Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dibatalkan untuk tahun ini dan berdasarkan kenyataan Menteri Pendidikan, pemansuhan itu dilakukan hasil libat urus yang membabitkan 1,700 guru, ibu bapa, murid, kesatuan dan persatuan dalam pendidikan.

Bagi pihak guru, pemansuhan dirasakan wajar kerana mereka memerlukan banyak masa di sekolah bagi menghabiskan sukatan pelajaran selain ada yang terpaksa mencuri masa matapelajaran lain.

Di pihak ibu bapa, mereka perlu memberi tumpuan kepada anak-anak menghadapi UPSR sehinggakan ada yang berdepan ruang masa yang terhad dan anak-anak juga dikatakan mula dihantar ke tuisyen seawal usia 7 tahun.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpandangan apabila pemansuhan dilaksanakan, ia perlu dilakukan secara berkesan.

Tambahnya, perlu memikirkan mekanisma dan penilaian terbaik sebelum murid memasuki sekolah menengah atau sekolah berasrama penuh.

“Bagi pelajar yang memasuki tingkatan empat, apakah mekanisma yang diperlukan untuk membahagikan mereka ke aliran sains tulen, perakaunan, perdagangan dan sebagainya.

“Saya difahamkan setakat ini kaedah yang digunakan adalah pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK). Lebih penting jangan flip flop seperti yang dilakukan ke atas Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jangan jadi telur separuh masak lagi.

“Bukan apa cuma bimbang, hari ini mansuhkan UPSR dan batalkan PT3. Apabila hasilnya tidak memberangsangkan berpatah semula kepada peperiksaan asal. Pada waktu itu mungkin sedikit malu apatah lagi ada dalam kalangan netizen sudah membuat poster UPSR 1988-2021 dalam kenangan. Apa yang kita tidak mahu, ia akan memeningkan golongan guru serta murid, harapnya tidak begitu,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Ahmad Zahid juga meninjau beberapa komen di media sosial yang bersetuju dengan pemansuhan berkenaan.

“Besar harapan agar pemansuhan ini menjadi permulaan dan pengurangan terhadap kebergantungan sistem peperiksaan sebagai penilaian.

“Penilaan seharusnya tidak tertumpu kepada kognitif semata-mata tetapi domain yang lain perlu diberi penekanan. Dalam bahasa yang mudah tingkatkan asas kemahiran bagi melahirkan modal insan cemerlang.

“Fokus, tumpuan dan perhatian yang lebih terbaik harus diberikan kepada setiap murid, jangan sampai ada di kalangan mereka yang ketinggalan serta tidak dapat menguasai dalam setiap matapelajaran,” katanya lagi. – UMNO ONLINE

Avoid more flip flops on UPSR and PT3 decision

KUALA LUMPUR, May 2 – The government has decided to abolish the Primary School Achievement Test (UPSR) while the Form Three Assessment (PT3) was canceled for this year, and according to the Education Minister’s statement, the abolition was done as a result of 1,700 teachers, parents and students’ associations decision.
On the part of teachers, it may justify because they need a lot of time in school to complete the syllabus and other subjects.
As for the parents, they need to focus on their children facing the UPSR as some have limited time while students as 7 years old got to attend tuition.
UMNO President Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi is of the view that when the abolition is implemented, it must be done effectively. This is necessary after taking account the best mechanism and assessment before students enter secondary or full boarding school.
“For Form 4 students, what is the mechanism needed to divide them into science, accounting, commerce and other streams?
“I understand that as at now, the method used is the strengthening of School-Based Assessment (PBS) and Special School Admission Assessment (PKSK). But what is more important is to avoid another flip flop as had happened to the Home Teaching and Learning (PdPR) under Movement Control Order (PKP).
Zahid also reviewed several comments on social media that agreed with the repeal.
“It is hoped that this abolition will be the beginning and reduction of the dependency of the examination system as an assessment.
“Evaluation should not be focused on cognitive alone but other domains. In simple language, improve the basic skills to produce excellent human capital. The best attention should be given to every student so that none of them will become dropout.”